Henti Dedah Kelemahan Umat Islam Untuk Kepentingan Diri

tunku sallehuddin
Tunku Sallehuddin

Umat Islam dan Melayu di negara ini perlu menghentikan sikap berlumba-lumba untuk mendedahkan kelemahan sesama sendiri atas kepentingan peribadi dan kelompok masing-masing, kata Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Katanya, sekiranya perbuatan ini berterusan, umat Islam dan orang Melayu di Malaysia tidak memerlukan musuh dari luar untuk memusnahkan kesucian Islam dan bangsa Melayu di bumi sendiri.

“Saya amat dukacita melihat perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam di Malaysia ketika ini, dalam masa pihak musuh sedang berusaha untuk meruntuh dan merobek kekuatan umat dengan berbagai cara,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) peringkat kebangsaan kali ke-53 di sini, malam Jumaat.

Tunku Temenggung Kedah itu berkata pada masa ini agama Islam ditohmah dan difitnah dengan begitu hebat sekali secara terbuka tetapi dalam banyak keadaan umat Islam termasuk alim ulama tidak pula tampil untuk membetulkan keadaan dengan menyatakan yang benar.

Beliau juga bimbang dengan keceluparan pihak tertentu di negara ini menghina institusi raja, agama Islam, Al-Quran, sistem kehakiman negara, dan institusi keselamatan negara melalui media elektronik dan sosial kerana jika tidak ditangani segera ia boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

“Kerja-kerja tidak bertanggungjawab ini boleh memusnahkan tamadun yang kita bina selama ini dan negara yang aman dan makmur boleh hancur dalam sekelip mata sahaja. Umat Islam hendaklah bersatu teguh dan tidak bercerai berai,” katanya.

Tunku Sallehuddin juga berkata, urusan dakwah Islamiah tidak boleh lagi dilakukan secara sukarela dan apabila ada kelapangan, dan hendaklah dilaksanakan sebagai satu kewajiban yang berpanjangan dan berterusan.

Beliau juga meminta umat Islam supaya mempunyai iltizam untuk berusaha agar suatu masa nanti undang-undang syariat Islam dapat dilaksanakan di bumi Malaysia yang bertuah ini.

“Di sini terletaknya kebijaksanaan kita supaya hukum-hukum yang ditetapkan itu dapat dilaksanakan dengan penuh keadilan di bumi Malaysia yang tercinta ini,” katanya.

Mengenai Perkim, beliau berkata, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan sejak 1960, ia telah berkembang dengan teguh dan mantap sebagai sebuah pertubuhan kebajikan Islam yang bergerak cergas dalam bidang dakwah bukan hanya untuk manfaat orang-orang Islam malahan orang bukan Islam juga mendapat kebaikan.

“Sebagai NGO yang sentiasa menggunakan pendekatan kesederhanaan dan keterbukaan Perkim berjaya menjadi satu wadah yang diterima bagi memupuk muafakat dan perpaduan orang-orang Islam khasnya dan rakyat Malaysia amnya,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Yang Dipertua Perkim, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Naib Yang Dipertua Perkim Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN