PRK Teluk Intan: Pemimpin DAP dan PAS bertekak salah siapa Dyana tewas

teluk-intan-calon-dap-layak-jadi-pelakon

DAP nampaknya tidak dapat menerima kekalahan calonnya dalam pilihanraya kecil Teluk Intan Sabtu lalu dan berterusan mencari ‘kambing hitam’.

Parti didominasi kaum Cina itu menyalahkan semua pihak kecuali diri mereka sendiri selepas kekalahan memalukan, iaitu hilang lebih 7000 undi dalam tempoh masa 13 bulan selepas PRU13 Mei 2013.

Pada mulanya pemimpin DAP Perak Nga Kok Meng menyalahkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kononnya jumlah keseluruhan undi tidak sama, selepas diberikan penerangan, kini satu pihak lagi menyalahkan sekutu mereka PAS kononnya punca DAP kalah.

Dalam satu kenyataan media pemimpin kanan DAP, Gobind Singh Deo menyifatkan isu pelaksanaan hudud oleh PAS sebagai faktor Dyana Sofya Mohd Daud tewas dalam pilihanraya satu lawan satu menentang calon BN Datuk Mah Siew Keong.

Gobind berkata, beliau tidak menolak wujud undi protes yang berpunca daripada kemelut melibatkan undang-undang kontroversi tersebut.

“Ini mungkin hasil daripada undi protes secara senyap menentang Pakatan Rakyat,” kata ahli Parlimen Puchong itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya, DAP hilang 25 peratus undi bukan Melayu dalam analisis awal yang dijalankan dan peratusan keluar mengundi rendah menunjukkan dengan jelas wujud faktor luaran lain menyumbang kepada kekalahan mereka.

“Saya berpendapat kontroversi melibatkan pelaksanaan hudud oleh PAS menyumbang secara signifikan kekalahan kami di Teluk Intan,” katanya.

Gobind mempertahankan keputusan meletak calon Melayu, Dyana Sofya di Teluk Intan sebagai strategi yang tepat, bagaimanapun ia masih tidak memadai kerana rakan komponen PR berbeza pendapat dalam isu pelaksanaan hudud.

“Strategi dalam memilih calon dan visi masa depan semata-mata tidak boleh mengaburi isu semasa yang mendapat perhatian orang ramai seperti hudud,” katanya.

Beliau juga menyatakan kebimbangan sekiranya isu undang-undang Islam itu tidak diselesaikan dengan segera, ia akan menyebabkan PR menerima kesan lebih buruk selepas ini.

Sementara itu, pemimpin PAS, Dr Dzulkifli Ahmad pulak dipetik memberi amaran kepada pemimpin DAP supaya tidak meletakkan kesalahan kepada parti itu di sebalik kekalahan calon DAP di Teluk Intan.

Menurutnya, semua hasil keputusan PRK Teluk Intan perlu dikaji terlebih dahulu sebelum menyalahkan PAS.

“Adalah tidak logik untuk (parti dalam) Pakatan Rakyat yang tewas dan menyalahkan yang lain…”ujarnya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS Selasa.

Katanya, DAP tidak harus membuat kesimpulan awal dan seharusnya mencari punca kekuatan dan kelemahan mereka.

“Apapun faktor kemenangan atau kekalahan hendaklah dibuat berdasarkan kajian dan ilmu pengetahuan… bukannya pandangan peribadi,”ujar beliau.

Dyana Sofya sebelum ini terang-terangan menolak Hudud jika dipilih sebagai MP Teluk Intan.

Berikutan kenyataan kontroversi itu, ramai ahli PAS enggan membantu jentera kempen DAP… sehingga DAP dilihat hanya berkempen di bandar tempat di mana mereka kuat.

Sedangkan, di kampung-kampung, jentera PAS tidak kelihatan untuk membantu kempen DAP dan jika adapun hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.

Ada pandangan yang mengatakan jika DAP berterusan menolak Hudud, mereka akan kehilangan sokongan orang Melayu dalam PAS.

Melaksanakan Hudud merupakan agenda yang terangkum dalam Undang-Undang tubuh PAS sejak 1955 lagi.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023