Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat

sultan-azlan-shah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada pukul 3.45 petang tadi dalam satu pengumuman khas melalui siaran televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung manakala bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama tempoh perkabungan iaitu 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tempoh perkabungan tujuh hari.

Jenazah Almarhum akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok.

Sebelum ini, baginda dikhabarkan gering dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak April tahun lalu.

Sejak dari itu, Raja Dr Nazrin Shah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak.

Almarhum Sultan Azlan Shah mangkat selepas memerintah Perak selama 30 tahun.

Sultan Azlan yang dilahirkan di Batu Gajah kembali ke rahmatullah pada usia 86 tahun.

Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta seorang putera dan tiga orang puteri.

Seorang lagi puteranya, Datuk Seri Raja Ashman Shah meninggal dunia dua tahun lepas.

Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mangkat hari ini boleh menziarahi jenazah baginda yang akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, esok.

Dr. Zambry berkata, waktu untuk memberi penghormatan terakhir bagi pembesar-pembesar negeri dan orang kenamaan adalah pada pukul 9 pagi.

“Manakala orang ramai boleh melakukannya bermula 11 pagi hingga 2 petang, diikuti sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing mulai pukul 2 petang hingga 3 petang,” katanya.

“Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan,” katanya.

Zambry turut mengisytiharkan esok cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan sempena pemakaman Almarhum.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN