PRK Teluk Intan: Calon DAP Enggan Jawab Soalan Hudud

teluk-intan-calon-dap-bersama-pemimpin

Calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud terus enggan menjawab berhubung pendiriannya tentang isu hukum hudud.

Ketika diasak dengan soalan sama oleh pemberita tentang perkara itu hari ini dalam sidang akhbar di Pusat Operasi Utama DAP di Bandar Baru Teluk Intan di sini, peguam berusia 27 tahun itu berkata:

“Apa yang anda mahu, saya telah buat kenyataan saya mengenai hudud dan saya ingin berbincang isu lain. Kita sekarang ini fokus hanya nak menang pilihan raya”.

Malah anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad daripada PAS turut dibawa untuk membicarakan tentang pelaksanaan hukum hudud.

“Kami bersikap agak terbuka untuk menilai lebih mendalam (hudud), kerana ia perlu distruktur dengan betul dan diguna pakai dalam konteks yang betul,” katanya.

“Kami tidak terburu-buru untuk mencadangkannya kerana dalam Islam tidak ada paksaan. Lebih baik berhati-hati daripada tergesa-gesa melakukan sesuatu yang masih belum bersedia sepenuhnya. Kami tidak akan terburu-buru, tetapi tetap berpegang dengan prinsip itu,” katanya.

Sementara itu, Dyana Sofya yang membangkitkan isu tentang wanita turut membawa Presiden Persatuan Wanita Perak Untuk Wanita (PWW) Dr Sharifah Halimah Jaafar untuk membantu menjelaskan mesej yang ingin dibawanya.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala pengundian ditetapkan 31 Mei.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023