TM Selesai Ambil Alih 57% Kepentingan P1 Menjelang Suke Ke-3 Tahun Ini

tower-operator-telekomunikasi

Telekom Malaysia Bhd (TM) akan menyelesaikan cadangannya mengambil alih 57 peratus kepentingan dalam Packet One Networks (M) Sdn Bhd (P1) menjelang suku ketiga tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TM Group, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa, berkata pembelian itu kini berada pada peringkat kelulusan pihak kawal selia dan ia dijangka selesai dalam tempoh dua bulan.

“Pada masa ini P1 adalah sebuah penyedia WiMAX, penyedia perkhidmatan wayarles tetap dan, dengan selesainya semua proses ini, TM akan dapat memanfaatkan 500,000 pelanggan WiMAX P1 sekarang.

“Ini akan juga membolehkan TM beroperasi di kawasan-kawasan yang kurang penembusan perkhidmatan talian tetapnya, tetapi ada perkhidmatan WiMAX,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) dan mesyuarat agung luar biasa (EGM) TM di sini, Khamis.

Beliau berkata,  TM akan terlebih dahulu menunggu bagi perkhidmatan WiMAX stabil sebelum menggunakan teknologi evolusi jangka panjang (LTE) P1.

Zamzamzairani berkata, TM juga sedang berbincang dengan kerajaan tentang pelancaran jalur lebar berkelajuan tinggi peringkat kedua (HSBB2) dan ini dijangka ditandatangani dalam tahun ini.

Beliau menambah, dengan adanya perbincangan dengan kerajaan sekarang, TM boleh memberikan angka-angka perbelanjaan modal yang tepat bagi tahun ini.

Tentang perubahan pengurusan tertinggi P1, beliau berkata TM mempunyai hak istimewa untuk menggantikan CEO dan Ketua Pegawai Kewangan selepas pengambilalihan itu, tetapi ia memilih untuk menunggu hingga P1 stabil dan mengekalkan pengurusannya sekarang buat sementara waktu ini.

Sementara itu, TM telah mendapat kelulusan pemegang saham bagi dividen tier tunggal akhir sebanyak 16.3 sen sesaham, menjadikan keseluruhan pembayaran dividen termasuk dividen awal berjumlah 26.1 sen sesaham atau RM933.7 juta, yang merupakan pembayaran tertinggi setakat ini, dan mengatasi obligasi dividen syarikat itu, yang berjumlah RM700 juta.

Zamzamzairani juga menegaskan bahawa 2013 merupakan tahun yang hebat bagi TM.

“Kami beberapa kali menjadi yang terunggul sejak pemisahan gabungan; pendapatan kami mengatasi paras RM10 bilion dengan jumlah RM10.63 bilion, dan keuntungan bersih biasa atau keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti sebanyak RM1.04 bilion, melebihi paras RM1 bilion. Sesungguhnya, ini merupakan yang tertinggi setakat ini,” tegas beliau.

Katanya, bagi tahun kedua berturut-turut, pertumbuhan pendapatan TM mengatasi prestasi industri, dengan pertumbuhan sebanyak 6.4 peratus pada 2013.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN