Kerajaan Selangor Mesti Cari Alternatif Supaya Catuan Air Tidak Berulang

krisis air selangor

Kerajaan Selangor diminta mencari penyelesaian alternatif bagi memastikan catuan air tidak lagi berulang.

Orang ramai termasuk para peniaga berpendapat kepimpinan Pakatan Rakyat yang diberi mandat memerintah negeri Selangor, perlu bertindak lebih agresif mencari penyelesaian itu.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (PRESMA) Noorul Hassan Saul Hameed berkata catuan air yang dijalankan sebelum ini merupakan ‘tempoh perit’ yang dialami para peniaga.

“Mulai hari ini (Khamis), kerajaan negeri dan pihak terbabit kita minta untuk berusaha memikirkan tindakan proaktif dalam menghadapi krisis air dan seharusnya usaha ini mesti berterusan.

“Jangan kerana bila catuan air dah ditamatkan, mereka (pihak yang terlibat) hanya berpeluk tubuh tanpa berusaha mencari penyelesaian sewajarnya,” katanya.

Katanya lagi adalah tidak masuk akal apabila catuan air dilaksanakan memandangkan negara ini beriklim Khatulistiwa, menerima hujan yang mencukupi serta memiliki sumber air bawah tanah.

Catuan bekalan air di Selangor dan kawasan sekitarnya bermula apabila Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi terpaksa dihentikan operasi selepas paras ammonia di dalam Sungai Langat meningkat, Mac lepas.

Catuan air berterusan apabila paras air di beberapa empangan di Selangor terutamanya Empangan Sungai Selangor menurun sehingga menghampiri paras kritikal berikutan musim kemarau.

Pada Rabu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur akan pulih seperti sediakala hari ini apabila catuan ditamatkan.

Pengerusinya, Datuk Ismail Kasim berkata catuan bekalan selama lebih dua bulan itu berakhir semalam dan pengguna boleh menikmati bekalan seperti biasa mulai Khamis.

Bagaimanapun Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam berkata kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan tindakan catuan air ke atas pengguna akan berulang, walaupun catuan dihentikan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Ahmad Selamat turut menarik nafas lega berikutan pengumuman penamatan catuan air itu.

“Selesaikan masalah rakyat dan jangan politikkan isu ini, ini kerana kita harus ingat, krisis air ini secara tidak langsung menjejaskan ekonomi dan pendapatan peniaga,” katanya lagi.

Terdahulu beliau berkata lebih 5,000 peniaga kecil dan penjaja terjejas ekoran krisis bekalan air tersebut.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN