49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes jangkitan virus itu dikesan setakat ini.

Semua pekerja terbabit daripada bahagian kejuruteraan dan kes mereka sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan hari ini, Proton menyatakan semua pekerja yang tidak perlu hadir secara fizikal di kilang Proton Shah Alam buat masa ini telah diarah untuk bekerja dari rumah.

“Aktiviti pengesanan kontak sedang dijalankan dan pasukan khas Covid-19 akan memantau situasi terkini secara terperinci.

“Pihak syarikat akan terus mengikuti langkah-langkah pembasmian yang disyorkan sambil mengambil tindakan yang lebih ketat untuk mengurangkan penularan wabak ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, semua pekerja yang berhadapan dengan pelanggan perlu mengikuti langkah keselamatan dan Pusat Servis Kecemerlangan (COSE) serta bilik pameran Crystal melakukan pembasmian kuman pada setiap jam.

Pada 14 Oktober lalu, Proton mengesahkan seorang pekerjanya di bahagian Penyelidikan dan Pembangunan di Shah Alam positif Covid-19 dan sudah dihantar ke pusat rawatan kerajaan selepas keputusan positif itu diketahui.

Proton juga yakin risiko penyebaran ke pihak luaran adalah rendah kerana tidak melibatkan pihak pelanggan.

Dalam hal berkaitan, Kementerian Kesihatan (KKM) semalam mengumumkan Kluster Auto sebagai kluster baharu melibatkan daerah Petaling, Kuala Langat dan Klang di Selangor serta Seremban di Negeri Sembilan.

Sehingga semalam, punca jangkitan masih dalam siasatan.

Kes indeks bagi kluster tersebut (iaitu kes ke-19354) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Mengikut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), KKM Kluster Auto hari ini merekodkan 41 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 50 kes.

spot_img