Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan Mengenai Operasi Mencari #MH370 – 07/04/2014 (video)

MH370-hishamuddin-pc-0704-2014

Berikut teks penuh kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang media di sini hari ini berhubung perkembangan misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang.

Sudah 31 hari MH370 dilaporkan hilang. Ketika kita memasuki minggu baharu operasi pencarian, ada petunjuk yang memberangsangkan dalam usaha mencari pesawat.

Seperti disebutkan oleh Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) di Perth awal hari ini, alat pengesan pinger ditunda yang dipasang pada HMAS Ocean Shield telah mengesan isyarat yang konsisten dengan isyarat yang dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat.

“Walaupun perkembangan ini mungkin semakin hampir untuk menemui pesawat MH370, masih ada lagi usaha yang perlu dijalankan sebelum kami dapat mengesahkan sama ada isyarat ini adalah daripada MH370.

“Pagi tadi, Perdana Mentetri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung melalui telefon dengan Perdana Menteri Australia Tony Abbott yang memberi taklimat kepada beliau mengenai penemuan terbaharu berhubung dengan isyarat yang dikesan.

“Menurut Pusat Koordinasi Agensi Bersama di Perth, dua isyarat berasingan telah dikesan di kawasan 1,650 kilometer di barat laut Perth di utara kawasan pencarian.

“Isyarat pertama dapat dikesan selama dua jam 20 minit. HMAS Ocean Shield kemudian tidak lagi dapat mengesannya sebelum membuat pusingan dan cuba mengesan semula isyarat.

“Isyarat kedua semasa pusingan balik dapat bertahan selama kira-kira 13 minit. Seperti disebutkan oleh Ketua JACC Angus Houston, isyarat ini konsisten dengan transmisi data daripada perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit.

“Secara berasingan, kapal China Haixun 01 juga mengesan isyarat yang serupa sebanyak dua kali.

“Selaras dengan pendirian konsisten Malaysia untuk mengesahkan kesahihan maklumat terbaharu sejak hari pertama operasi pencarian, Saya secara tegas meminta semua pihak berkaitan supaya menganggap maklumat ini dengan penuh tanggungjawab dan memberi masa dan ruang kepada pihak berkuasa untuk membuat pengesahan selanjutnya.

“Malaysia juga bersependapat dengan kenyataan Perdana Menteri Abbott bahawa semua pihak mesti berhati-hai tentang apa-apa penemuan yang belum disahkan kesahihannya dan membuat kesimpulan.

“Saya juga telah berhubung secara peribadi dengan Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston awal hari ini, yang mengesahkan perkara di atas dan memberi taklimat kepada saya mengenai operasi yang dijalankan berdasarkan maklumat yang diterima daripada semua pihak yang terlibat.

“Meskipun demikian, kami dengan penuh berhati-hati berharap bahawa akan ada perkembangan positif dalam masa beberapa hari akan datang.

“Seperti yang saya huraikan Sabtu lepas, – dalam usaha untuk menyelaras dan memperkukuh usaha sekarang – Kerajaan telah menubuhkan tiga jawatankuasa peringkat menteri,

1. Jawatankuasa Waris, diketuai oleh Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Luar.

2. Jawatankuasa Teknikal, diketuai oleh Abdul Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan

3. Jawatankuasa Penghantaran Aset, diketuai oleh Abdul Rahim Bakri, Timbalan Menteri Pertahanan.

“Ketiga-tiga jawatankuasa ini telah memulakan tugasan masing-masing dan akan melaporkan kepada umum mengenai hasil penemuan dalam masa terdekat.

“Saya juga ingin mengesahkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk melantik penyiasat bebas yang bertanggungjawab mengikut piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk mengetuai pasukan penyiasatan.

“Tiga pasukan telah ditubuhkan iaitu – kumpulan kelayakan penerbangan – untuk menangani isu seperti rekod penyelenggaraan, struktur dan sistem; kumpulan operasi – untuk meneliti perkara seperti perakam penerbangan, operasi dan aspek meteorologi; kumpulan perubatan dan faktor kemanusiaan – untuk menyiasat isu berkaitan psikologi, patologi dan faktor kelangsungan hidup.

“Kami dalam proses untuk mengenal pasti negara-negara untuk dilantik sebagai wakil bertauliah untuk menyertai penyiasatan.

“Perkembangan terbaharu sejak beberapa jam lalu merupakan petunjuk yang amat memberangsangkan yang kita peroleh, jadi saya menyeru kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa supaya bersama-sama berdoa dan tidak putus harapan. Kami akan meneruskan usaha untuk menjejaki MH370.”

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN