Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan Mengenai Operasi Mencari #MH370 – 27/03/2014

MH370-airbus-satelit-image-2

Berikut kenyataan media oleh Kementerian Pengangkutan hari ini mengenai perkembangan terkini pencarian Pesawat Malaysia Airlines MH730:

1.Wakil khas China

a. Semalam, Yang Terutama Naib Menteri Hal Ehwal Luar China dan Wakil Khas Kerajaan China, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan.
b. Susulan pertemuan dengan Datuk Seri Hishammuddin, Tuan Yang Terutama Zhang Yesui juga diberi taklimat teknikal komprehensif oleh kumpulan kerja antarabangsa, diketuai AAIB. Penemuan Inmarsat – yang menghasilkan rumusan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, juga dijelaskan semasa pertemuan itu.
c. Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) dan Jabatan Penyiasatan Kemalangan Pesawat (AAID) hadir pada taklimat teknikal semalam. CAAC dan AAID menganggotai, dan akan terus menjadi anggota kumpulan kerja antarabangsa.
d. Hari ini, Yang Terutama Zhang Yesui juga menemui anggota keluarga penumpang warga China pesawat MH370 yang kini berada di Kuala Lumpur.
e. Malaysia mempunyai komitmen untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan China dan berkongsi secara penuh semua maklumat berhubung dengan MH370.

2. Taklimat keluarga di Beijing

a. Semalam, delegasi tertinggi Malaysia menemui anggota keluarga penumpang MH370 warga China yang berpusat di Beijing, untuk kali keempat. Dalam pertemuan selama tiga jam, anggota keluarga diberi taklimat teknikal dan perkembangan terkini mengenai misi pencarian. Delegasi juga menjawab pertanyaan. Hari ini, delegasi tertinggi sekali lagi menemui anggota keluarga pukul 3:25 petang waktu Malaysia. Pertemuan masih berlangsung.

b. Malaysia sedang bekerja keras dan menjadikan taklimat kepada anggota keluarga di Beijing lebih produktif. Para pegawai Malaysia menemui Yang Terutama Huang Huikang, Duta China ke Malaysia, untuk meminta Kerajaan China mengambil bahagian dan menjelaskan keadaan sebenar khususnya kepada keluarga terbabit dan rakyat China secara umum.

3. Perkembangan terkini operasi

a. Kawasan pencarian yang dirancang hari ini meliputi 16,298 batu nautika persegi di sektor Barat, dan 6,506 batu nautika persegi di sektor Timur.

b. Kawasan yang dikenali pasti oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) semalam — iaitu lokasi 122 objek yang berpotensi dikesan — juga dijangka dijejaki hari ini.

c. Hari ini, sembilan pesawat berlepas ke kawasan pencarian – lima di sektor Timur dan empat di sektor Barat.

Di sektor Timur, pencarian dari udara dijalankan oleh:

-Dua pesawat awam Australia.

  • Sebuah pesawat Ilyushin IL-76 China.
  • Sebuah pesawat awam New Zealand.
  • Sebuah pesawat Gulfstream Jepun.

Di sektor Barat, pencarian dari udara dilancarkan oleh:

  • Dua pesawat P-3 Orions Australia.
  • Dua pesawat awm Australia.

d. Hari ini, enam kapal dikerah di kawasan pencarian – satu di sektor Timur dan lim adi sektor Barat.

Di sektor Timur, pencarian oleh kapal dijalankan oleh:

  • Sebuah kapal China (Xue Long).

Di sektor barat, pencarian oleh kapal dilancarkan oleh:

  • Empat kapal China (Kunlunshan, Haikou, Qiandaohui, dan Zhonghaishaohua).
  • Sebuah kapal Australia (HMAS Success).

e. Sebuah kapal China (Hai Xun) dijangka tiba di kawasan pencarian malam ini.

f. Hari ini, keadaan cuaca bertambah buruk di kawasan pencarian dan operasi mencari ditangguhkan pukul 11:40 pagi.

4. Pasukan Malaysia ke Perth

a. Malaysia dalam proses untuk menghantar satu pasukan, terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam, MAS, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia, ke Perth. Pasukan ini akan bekerjasama rapat dengan Pusat Koordinasi Menyelamat Australia untuk membantu operasi pencarian.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN