Sokongan Merosot: Lee Chin Cheh Tidak Sepatutnya Letak Jawatan #PRKKajang #KajangMove

PRKKajang-wan-azizah-majoroti-merosot

Pilihanraya Kecil Kajang berakhir dengan keputusan yang telah dijangka, iaitu PKR menang. Namun, tiada siapa menjangka jumlah undi yang diperolehi oleh kedua-dua parti akan merosot berbanding PRU-13.

BN sejak dari awal tidak begitu teruja dengan pilihanraya kecil ini yang merupakan satu pembaziran wang rakyat kerana bekas ADUNnya, iaitu Lee Chin Cheh telah meletak jawatan tanpa sebab yang konkrit. Alasan PKR atas tindakan Chin Cheh ialah untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan PKR jelas mempermainkan demokrasi serta kepercayaan rakyat terhadap Lee Chin Cheh.

Dalam PRU-13 yang lalu, kerusi Kajang ditandingi dari 6 penjuru iaitu PKR, MCA, Berjasa dan 3 calon Bebas. Chin Cheh dari PKR telah mendapat 19,571 undi dan menang dengan majoriti 6,824. Lawan terdekat Chin Cheh, iaitu Lee Bang Seng dari MCA, mendapat 12,747 undi. Manakala Mohd Ismail dari Berjasa mendapat 1,041 undi. Ketiga-tiga calon Bebas iaitu Mohd Iwan Jefrey, Ong Yan Food an Mohd Khalid masing-masing mendapat 24, 85 dan 83 undi.

PRK Kajang yang diadakan khas untuk memberi laluan kepada Anwar bagaimanapun telah terpaksa meletakkan Wan Azizah sebagai calon galang ganti setelah Anwar didapati bersalah dalam kes liwat 2. Pencalonan Wan Azizah yang merupakan Presiden PKR, dijangka mampu meraih sokongan yang jauh lebih besar dari Chin Cheh.

Walaubagaimanapun, amatlah memalukan bagi PKR apabila Wan Azizah hanya mendapat 16,741 undi iaitu merosotan sehingga 2,830 undi dari PRU-13 berbanding yang diperolehi Chin Cheh. Calon MCA, Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi menjadikan Wan Azizah menang dengan hanya 5,379 majoriti.

Chin Cheh bukanlah satu personaliti yang signifikan dalam PKR dan Wan Azizah pula adalah Presiden parti. Chin Cheh pula telah dicabar dari 5 penjuru manakala Wan Azizah pula hanya dicabar oleh MCA.

Justeru, kegagalan Wan Azizah menunjukkan prestasi yang lebih baik dari Chin Cheh tidak seharusnya dipandang ringan oleh PKR.

Kelebihan Wan Azizah dalam PRK Kajang bukan sahaja terletak pada jawatannya sebagai Presiden parti tetapi atas hakikat bahawa Anwar sendiri telah turun berkempen untuknya. Ditambah dengan kekalahan Anwar di mahkamah dan juga pelancaran Reformasi 2.0 yang dibuat selari dengan PRK Kajang, Wan Azizah seharusnya mampu menggandakan sokongan dan bukannya mengurangkannya.

Berdasarkan semua fakta ini, bagaimanakah PKR mentafsirkan makna undi yang berkurangan bagi seorang Presiden PKR, dalam satu PRK yang SENGAJA diada-adakan oleh PKR sendiri?

Bagi para pemerhati, tafsirannya mudah sahaja iaitu penyokong PKR di Kajang lebih percayakan Chin Cheh dari Wan Azizah sendiri dan Chin Cheh tak sepatutnya meletakkan jawatan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023