PAS Tidak Berminat Bantu Wan Azizah di Kajang

PAS-PKR-DAP-LOGO

Secara dasarnya, PRK Kajang berlangsung dalam keadaan tenang dengan hanya beberapa cubaan PKR membuat kecoh yang dianggap sebagai insiden kecil dan terpencil. Biarpun Anwar telah melancarkan Reformasi 2.0 hanya selang sehari sebelum PRK berlangsung, namun semangat penyokong PKR terus hambar dan tawar.

Malah, dari riak geri calon sendiri, iaitu Dato’ Seri Wan Azizah, beliau kelihatannya tidak bersemangat, konsisten dengan kenyataan awalnya bahawa beliau sebenarnya agak berat untuk aktif dalam politik.

Berbeza dengan calon BN, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun yang kekal ceria dan yakin sejak dari mula berkempen lagi. Beberapa cubaan PKR untuk memfitnah sehingga sanggup mengubah gambar bagi memalukan dan menjatuhkan semangatnya juga tidak berjaya.

Apa yang menjadi persoalan di Kajang buat masa ini ialah ‘kedinginan’ jentera PAS dalam membantu Wan Azizah. Ini menjelaskan kenapa PRK ini tidak sekecoh selalu kerana yang sering membuat kecoh dalam setiap pilihanraya adalah jentera PAS.

Malah, jika kita lihat dengan teliti, bukan sahaja PAS, tetapi DAP juga seolah-olah mengambil sikap acuh tak acuh sahaja dalam membantu PKR menghadapi PRK ini.

Media PAS dan DAP hampir tidak mengulas langsung tentang Kajang. Beberapa laporan dan artikel yang disiarkan oleh mereka sepanjang tempoh berkempen juga memperlihatkan sikap ‘tidak bersungguh’ dalam membantu Wan Azizah.

‘Kedinginan’ PAS terhadap Wan Azizah telah dijangka apabila parti itu pada awalnya mempertikai perletakan jawatan Lee Chin Cheh tanpa sebab yang konkrit. Malah, PAS turut membangkitkan soal pembaziran dan motif sebenar PRK ini diadakan. Jelas, politik keterlaluan Anwar Ibrahim suami isteri dan anak beranak telah merimaskan dan membebankan rakan sekutu sendiri.

Justeru, apabila Anwar melancarkan Reformasi 2.0 malam semalam, sebahagian besar ahli PAS enggan turut serta tetapi memilih untuk berselawat perdana bersama Perdana Menteri dan isteri di Putrajaya.

Nampaknya, tidak mustahil yang Anwar telah membuat kesilapan besar melalui Kajang. Beliau gagal memahami sentimen rakyat yang letih dengan politik. Beliau juga gagal memahami bahawa sokongan terhadapnya telah merosot secara konsisten dan drastik sekali. Seharusnya beliau faham bahawa jika sokongan untuk dirinya telah merosot teruk, maka sokongan untuk Wan Azizah tentulah lebih teruk lagi.

Rakyat rata-ratanya mampu membaca strategi Anwar untuk mengadakan PRK Kajang, iaitu kerana ingin mengalih perhatian dari kes liwatnya. Malah, ramai di kalangan penyokong PR sendiri terkejut dengan sikap tidak bertanggungjawab PKR yang sanggup membazirkan wang rakyat demi Anwar.

Rakyat juga semakin musykil dengan pemimpin PR yang jelas tidak sensitive dalam menangani isu kehilangan MH370. Sejak kehilangan pesawat tersebut, pemimpin PR bukannya menunjukkan prihatin atau mengajak rakyat bersatu mendoakan yang terbaik, tetapi mengambil peluang untuk menghentam kerajaan dan usaha SAR secara agresif sekali.

Semua ini pastinya telah digarap rapi oleh minda rakyat, sekali gus menjadi faktor utama dalam membuang undi pada hari ini.

Mungkin menyedari kesilapan langkah politik inilah, maka PAS seolah-olah ‘menarik diri’ dari menghulurkan bantuan dalam PRK Kajang.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Â