#MH370: Data Simulator Zaharie Telah Dipadam Pada 3 Feb

Flight Simulator Boeng 777-200
Flight Simulator Boeng 777-200

Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dikesan telah memadam kesemua data latihan pada simulator Boeing 777 pada 3 Februari lalu, iaitu lebih sebulan sebelum kejadian kehilangan penerbangan MH370.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tidak banyak data hasil latihan pada simulator yang dibina sendiri oleh Zaharie ketika ini.

“Apa yang kami temui daripada permainan itu adalah kesemua datanya telah dipadam pada 3 Februari, oleh itu pakar sedang mengkaji kenapa ia dipadam.

“Pakar forensik polis termasuk mereka dari  Suruhanjaya Siber Sekuriti, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan pakar luar negara sedang berusaha mengembalikan data yang dipadam,” katanya pada sidang media di Hotel Sama Sama di sini pada Rabu.

Simulator tersebut telah dirampas dari rumah Zaharie di Shah Alam dan dipasang semula di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk dikaji oleh pakar.

Khalid memberitahu, terdapat tiga permainan pada simulator Zaharie iaitu Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan X Flight Simulator.

Sementara itu, pada sidang media sama, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan bahawa pakar sedang berusaha mendapatkan kembali data yang telah dipadam.

“Kami sedang mendengar semua maklumat berkaitan dengan kes itu bersama-sama dengan agensi antarabangsa yang berkaitan. Kepakaran tempatan dan antarabangsa telah digunakan untuk memeriksa simulator juruterbang terbabit,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan semua pihak bahawa juruterbang itu bukan pesalah selagi ia tidak dibuktikan sebagai pesalah.

“Semua penumpang, anak kapal dan kakitangan yang terlibat sedang disiasat. Kesemua mereka juga tidak bersalah sehingga kesalahan dibuktikan,” tegasnya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â