Pencarian #MH370 Koridor Utara, Selatan Bermula

MH370-afghanistan-taliban

Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 di koridor utara dan selatan kini bermula, setelah siasatan mengesahkan bahawa pesawat itu telah berpatah balik dari Laut China Selatan menuju Laut Andaman pada awal pagi 8 Mac.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata negara-negara termasuk Australia, China, Indonesia dan Kazakhstan telahpun memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Koridor utara merintangi kawasan kira-kira dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand, sementara koridor selatan merintangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Lewat Sabtu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa misi SAR diperluas ke koridor utara dan selatan ekoran data dari radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang telah berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam, adalah penerbangan MH370.

Dalam pada itu operasi mencari di Laut China Selatan telah dihentikan.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata Kementerian Luar telah juga menghantar nota diplomatik kepada negara-negara yang terlibat dalam misi SAR, iaitu negara-negara di koridor pencarian dan negara-negara yang Malaysia pohon bantuan dan kepakaran.

“Bagi negara-negara di koridor pencarian, kita meminta maklumat radar dan satelit, serta aset spesifik untuk operasi SAR.

“Kita meminta mereka memperkongsikan rancangan tindakan mencari dan menyelamat di darat, laut dan udara dengan Pusat Penyelaras Penyelamat di Malaysia, supaya kita boleh menyelaras usaha mencari,” kata beliau di persidangan akhbar harian mengenai MH370.

Separuh daripada 14 negara di dua koridor itu telah memberi persetujuan lisan terhadap usaha itu.

Menteri itu berkata Malaysia mengetuai koordinasi keseluruhan SAR sementara Australia dan Indonesia bersetuju mengetuai operasi di rantau masing-masing dalam koridor selatan, mengikut penandaan oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa.

Dua buah kapal Malaysia, kapal ronda luar pantai KD Kelantan dan KD Selangor, bersama sebuah helikopter Super Lynx telah dikerah ke koridor selatan.

Menyentuh isu lain, Hishammuddin menegaskan bahawa Malaysia tidak merahsiakan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan MH370.

Pada hari ke-10 hilangnya pesawat MAS itu, Hishammuddin berkata selain tidak ada menerima isyarat kecemasan, pihak berkuasa juga tidak menerima sebarang nota tebusan, dan tidak ada pihak yang tampil mendakwa bertanggungjawab.

CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata tidak ada bukti penumpang membuat sebarang panggilan telefon selepas pesawat itu lenyap.

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan suara yang menyebut “Alright, good night”, komunikasi terakhir dari kokpit kepada pengawal trafik udara, adalah suara pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid dan ia dihantar pada 1.19 pagi sebelum pesawat hilang daripada radar pada 8 Mac.

Pemancaran terakhir dari Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS) ialah pada 1.07 pagi.

Ahmad Jauhari mendedahkan bahawa kandungan utama kargo dalam pesawat MH370 yang menunju Beijing ialah buah manggis.

Dalam perkembangan lain, Polis berkata simulator penerbangan yang diambil daripada rumah juruterbang Kapt Zaharie Ahmad Shah, Ahad, telah dipasang semula di Bukit Aman bagi mencari petunjuk sama ada wujud kaitannya dengan insiden pesawat hilang itu.

Sehingga ini, 26 negara terlibat dalam operasi SAR.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN