Masih Ada Harapan Bagi #MH370

MH370-radar-koridor-utara-selatan

Hakikat bahawa tiada panggilan kecemasan, tiada pihak menuntut wang tebusan dan tiada mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memberi harapan bahawa pesawat itu dapat ditemui.

“Masih ada harapan bagi MH370 oleh kerana tiada panggilan distres, tiada pihak menuntut wang tebusan atau mana-mana kumpulan mendakwa bertanggungjawab,” kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media mengenai usaha mencari pesawat MH370 di sini, Isnin.

Harapan itu juga terpancar dalam operasi di udara apabila operasi mencari dan menyelamat, membabitkan 26 negara, bermula hari ini dengan tumpuan kepada koridor selatan membabitkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Australia dan Indonesia bersetuju untuk mengetuai usaha pencarian di dua sektor koridor selatan di rantau masing-masing.

Dalam tempoh 24 jam lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berhubung dengan rakan sejawatannya dari Australia dan China.

Dalam responsnya, Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata Canberra berdiri di belakang Malaysia dalam keadaan yang amat sukar ini dan dengan senang hati memikul tanggungjawab tambahan ini.

Duta Vietnam ke Malaysia, Nguyen Hong Thao pula berkata kerajaannya komited untuk meneruskan kerjasama dengan Malaysia dalam usaha mencari pesawat berkenaan.

Pesawat MAS MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pukul 12.41 pagi pada 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Pesawat itu telah menyimpang daripada laluan asalnya dan pihak berkuasa Malaysia percaya pesawat itu mungkin telah memasuki satu daripada dua koridor penerbangan iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, atau koridor selatan yang meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Ketika insiden kehilangan pesawat itu masuk hari kesembilan, nasib penumpang
pesawat Boeing 777-200ER belum diketahui dan usaha mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara belum berhasil.

Susulan insiden itu, Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berjanji untuk mengkaji semula sistem radar negara selepas operasi mencari pesawat berkenaan selesai.

Sementara itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang melawat keluarga beberapa penumpang dan anak kapal rakyat Malaysia di Hotel Everly, Sepang dan menasihatkan mereka supaya bertenang dan bersabar.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN