‘Siasat aktiviti aliran wang haram Anwar’

Ahli Parlimen Bebas Padang Serai, N Gobalakrishnan meminta Kementerian Kewangan menyiasat pembabitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram yang didakwanya bernilai RM888 bilion.

Gobalakrishnan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu melakukan aktiviti berkenaan ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mencetak RM13.2 bilion wang dalam bentuk wang kertas RM500 dan RM1,000.

Bagaimanapun, ketika dakwaan tersebut, ahli parlimen Permatang Pauh itu tiada dalam Dewan.

Sungguhpun begitu, Gobala mencabar Anwar menjawab semua dakwaannya pagi Khamis dan beliau akan berada di dalam Dewan untuk mendengarnya.

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud yang bangun untuk mencelah diminta oleh Gobala supaya wakil rakyat PAS itu bertanya atau ‘tweet’ kepada Anwar mengenai isu tersebut.

Gobala turut mendakwa kerajaan Selangor dan Anwar terpaksa atur strategi memberi RM50 juta kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelidikan Felda di negeri itu supaya dapat disalurkan kepada ahli politik

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat, semalam beliau berkata wang itu adalah yang dilaporkan Integriti Kewangan Global (GFI) dan digunakan oleh Anwar sehingga kini untuk menaja aktiviti parti, termasuk membeli senjata api.

“RM888 bilion ini adalah rentetan sistem kronisme dan nepotisme dibawa Permatang Pauh. Satu dunia tahu wang haram ini digunakan untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri (Allahyarham Tun Ghafar Baba) suatu ketika dulu.

“Saya juga tidak nafikan kemungkinan wang itu digunakan untuk demonstrasi BERSIH. Dengan wang haram ini senjata boleh disediakan dan ada tuduhan Permatang Pauh bekal senjata untuk pengganas.

“Duit RM500 dan RM1,000 dicetak ketika beliau jadi Menteri Kewangan, saya minta Kementerian Kewangan siasat dan saya sedia membantu sekiranya diberi imuniti (kekebalan),” katanya.
Gobalakrishnan yang sebelum ini keluar daripada PKR turut mendakwa Anwar melalui orang tengah membawa keluar wang haram dalam jumlah besar ke luar negara.

“Kalau kementerian beri status imuniti, saya boleh berunding dengan pihak yang pernah membawa keluar RM500 dan RM1,000 bagi pihak Permatang Pauh. Banyak beg wang dibawa keluar dari Malaysia ke Indonesia melalui jet peribadi milik dua individu kepunyaan syarikat judi di negara ini,” katanya.

Beliau juga mendakwa Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Johari Abdul (PKR-Sg Petani) turut terbabit dengan aktiviti mengumpul wang secara haram membabitkan nilai RM100 juta.

“Saya percaya wang RM100 juta ini dilabur oleh isterinya, Shamsidar Taharin bersama ahli perniagaan berbangsa Cina dalam syarikat modal. Saya mahu Kementerian Kewangan siasat dari mana duit itu datang dan dilaburkan,” katanya.

Dilihat terdesak bagi menghalang Gobala terus melondehkan Anwar, Azan bangun dan sengaja mengemukakan pertanyaan setuju atau tidak diadakan peraturan ahli parlimen dikenakan ujian air kencing sebelum berucap.

“Kita nak tengok ada dadah atau mabuk atau macam mana,” katanya seolah-olah mahu mengambarkan Gobala mungkin mabuk ketika berhujah.

Cabaran itu disambut Gobala dengan meminta Bentara Dewan mendapatkan doktor dan berkata, “Sebab saya memang mau kencing,”.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN