Pengakuan Shamsul : Saya menderita akibat difitnah Hadi

Mohd Shamsul ketika sidang media di Kuala Besut meminta Hadi dedah siapa edar pil kuda

Tentu ramai terkejut dan tertanya-tanya kisah bagaimana Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba-tiba diperintah membayar saman RM2 juta oleh Mahkamah Tinggi Terengganu kerana penghakiman ingkar yang diperolehi bekas calon PKR DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin, Ahad lalu.

Presiden PAS itu juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500

Bagi yang tidak tahu kisah disebalik kes saman fitnah itu, disiarkan semula berita dilaporkan agendadaily.com berdasarkan sidang media Mohd Shamsul yang diadakan di Kuala Besut, ketika pilihan raya kecil DUN berkenaan pada 22 Julai 2013. Seterusnya www.bnbbc.my

Tuduhan calon pil kuda “Saya menderita akibat difitnah Hadi”

Tuduhan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang yang mendakwa penjual pil kuda dikalangan calon PKR ketika berkempen pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) lalu bukan sahaja disifatkan sebagai fitnah seterusnya mengundang penderitaan.

Bekas calon PKR DUN N25 Bukit Besi Terengganu pada PRU13, lalu Mohd Shamsul Mat Amin berkata fitnah tersebut juga mengundang pelbagai reaksi negatif terhadap dirinya.

“Saya menderita akibat fitnah ini. Ucapan-ucapan itu telah disiar di semua media utama termasuk internet malah ucapan video juga dimuatnaik di laman YouTube.

Daripada ucapan tersebut saya sentiasa diaibkan, di ejek dikalangan masyarakat. Jejaskan perniagaan saya, kepercayaan masyarakat, hubungan persaudaraan antara sahabat malah keluarga juga ada yang percaya,” katanya  dalam sidang media disini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pilihanraya PKR pada PRU13 Zakaria Yahya.

Jelas Shamsul, Hadi perlu menjawab berkenaan ucapan yang dibuat.

“Dia (Hadi) kena jawab mana satu calon pil kuda. Buat (ucapan) di Terengganu, fokus kepada calon di sini.

Calon daripada PKR hanya enam orang dan tiga bertindih. Yang bertindih ini dikatakan sebagai calon pil kuda.” ujar beliau

Dalam pada itu diminta mengulas mengenai impak fitnah itu Shamsul dengan nada sebak memberitahu kesannya begitu teruk sehingga menjarakkan hubungan beliau dengan masyarakat.

“Ketika saya hadir solat Jumaat, ada sesetengah jemaah tidak bersalaman dengan saya.” ujarnya.

Sementara itu Shamsul berkata sebagai pemimpin Islamik seperti Hadi,  sewajarnya menyiasat terlebih dahulu sesuatu berita sebelum menyebarkannya.

“Sebagai seorang pemimpin politik yang berlandaskan agama beliau (Hadi Awang) perlu menyiasat terlebih dahulu berita atau maklumat yang belum tentu kesahihannya kerana fitnah itu lebih berat daripada membunuh” katanya.

Beliau yang masih ahli PKR itu membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pagi Isnin.

Ditanya pemberita kenapa baru sekarang beliau membuat laporan polis, Shamsul berkata sekarang adalah masa yang sesuai kerana ia adalah pilihan raya kecil dan kenyataannya akan menjadi tumpuan media.

“Wartawan ramai, saya ambil peluang.

“Tuduhan Haji Hadi masa pilihan raya, saya juga jawab dalam pilihan raya,” katanya lagi.

Dalam kenyataan yang mengejutkan, Hadi turut membidas PKR kerana bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia

(PSM) yang beliau sifatkan sebagai berkecenderungan komunis.

Justeru, kata Hadi, PAS tidak ada pilihan kecuali meletakkan calon sendiri di kerusi-kerusi tertentu yang diagihkan kepada PKR oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum hari penamaan calon.

“Ada calon-calon yang kita khuatir, calon-calon yang kita ada maklumat tukang edar pil kuda..tukang edar pil kuda, nak jadi calon macam mana?

“Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini..terang-terang saya sebut. Orang PKR pun tak terima, sudah-sudah mahu jadi calon..dengar cerita jual pil kuda..Tak perlu sebut daripada mana,” kata Hadi.

Susulan itu, pada pilihan raya 5 Mei lalu, PAS bertembung dengan PKR di beberapa kerusi. Antaranya di DUN Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera di Terengganu.

PAS turut melawan PKR di kerusi DUN Kota Damansara, Sungei Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor serta kerusi Parlimen di Labuan.

Semua calon pembangkang tumbang di tangan calon BN di kerusi-kerusi yang menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN