Polis Tembak Mati Tiga Lelaki Terlibat 15 Kes Samun Di Perak

polis-tembak-mati-3-penyamun-di-perak

Polis menembak mati tiga lelaki, dipercayai warga asing, selepas mereka merompak seutas rantai emas daripada sepasang suami isteri warga emas di sebuah rumah di Kampung Serapuh, Parit awal pagi Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata dalam kejadian 4 pagi itu suspek bertindak menakut-nakutkan mangsa dengan meletak pisau di leher isteri dan memukul si suami menggunakan pemotong besi sebelum melarikan seutas rantai emas milik mangsa.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, Pasukan Op Cantas Khas Perak terserempak dengan kereta jenis Proton Waja yang dinaiki ketiga-tiga suspek dalam keadaan mencurigakan di Kampung Buruk Bakul, Jalan Beruas-Parit iaitu empat kilometer dari rumah mangsa.

“Ketika pasukan polis cuba memintas kenderaan itu, seorang daripada penumpangnya melepaskan dua das tembakan dan mengenai cermin sisi sebelah kiri belakang kereta pasukan polis,” katanya kepada para pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini, Ahad.

Beliau berkata kereta yang dinaiki penjenayah itu kemudian terbabas di bahu jalan selepas dihimpit kenderaan pasukan polis yang mengejar mereka dan dua lelaki bersenjata parang keluar serta cuba menyerang menyebabkan polis melepaskan tembakan terhadap mereka untuk mempertahankan diri.

Mohd Dzuraidi berkata ketiga-tiga penjenayah yang berumur 20 hingga 30 tahun itu mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam kereta curi yang digunakan suspek, polis menemui peralatan pecah masuk rumah, seutas rantai emas, sepucuk pistol serta empat peluru hidup.

Polis masih belum memperoleh maklumat lengkap mengenai identiti kesemua penjenayah dan akan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci, katanya.

Mohd Dzuraidi berkata suspek yang bergerak aktif melakukan 15 jenayah samun di sekitar Manjung, Perak Tengah dan Teluk Intan sejak tahun lepas itu adalah sangat ganas kerana melakukan samun dengan meletakkan senjata ke leher mangsa dan akan melakukan kekerasan sekiranya mangsa melawan.

“Suspek melakukan samun sekitar jam satu hingga lima pagi,” katanya sambil menambah polis tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga susepk adalah warga asing berdasarkan kepada loghat mereka.

Polis juga akan memanggil mangsa ke balai polis untuk mengecam pelbagai barangan kes yang disamun suspek, katanya.

Dalam kes berasingan, Mohd Dzuraidi berkata polis menahan dua lelaki masing-masing berumur 27 tahun dan pelajar Tingkatan Lima berusia 17 tahun disyaki terlibat dalam kes curi motosikal di sekitar Kampung Gajah di sini sejak tahun lepas.

Katanya dalam Op Lejang pada pukul 5 petang semalam, polis merampas tiga enjin motosikal, empat kerangka motosikal serta komponen-komponen motosikal yang dileraikan.

“Kesemua enjin motosikal itu bersangkut dengan tiga laporan kes kehilangan motosikal di rumah dan masjid di Kampung Gajah,” katanya.

Beliau berkata pelajar Tingkatan Lima itu akan bertindak mencuri motosikal dan meleraikan komponennya di kawasan berhampiran rumah suspek pertama.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â