Malaysia Catat Pelaburan RM38.7 Bilion Tertinggi Dalam Sejarah

pencapaian-ekonomi-malaysia

Malaysia menerima pelaburan tertinggi dalam sejarah negara apabila mencatat RM38.7 bilion sepanjang tahun lepas.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pelaburan itu bukan sahaja daripada pelabur asing, tetapi juga pelabur tempatan.

“Kita tidak bergantung kepada pelabur luar semata-mata, tetapi dari pelabur dalam negara sendiri.

“Sebab itu kerajaan memberi penekanan yang sama agar pelabur asing dan tempatan melabur di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi Kompleks Petronas di sini malam tadi. Turut hadir Pengurus Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd Hawsnan Abdullah.

Mustapa berkata, pelabur asing membawa teknologi tinggi yang lebih canggih dan lengkap di mana kadang kala tidak ada di negara ini, kebanyakannya dalam bidang perkhidmatan dan teknologi tinggi.

Manakala pelabur tempatan pula menceburi bidang hartanah, pembinaan, perladangan, pelancongan dan sebagainya.

“Jadi di sini, ia ada pengasingan antara pelabur asing dan tempatan yang kedua-duanya sangat penting. Tetapi pelabur asing lebih penting sedikit dari segi teknologi canggih dengan mewujudkan peluang pekerjaan tenaga mahir seperti di bidang teknologi maklumat (IT),” katanya.

Mustapa berharap negara mampu mengekalkan momentum pertumbuhan tahun lepas dan dengan keadaan ekonomi yang masih kukuh, pelaburan dapat dipertingkatkan lagi berbanding tahun lepas.

Beliau mahu kerjasama lebih rapat dijalinkan antara Petronas, Mida dan Miti untuk mengembangkan lagi industri petrokimia di negara ini.

“Kita bangga sejak Petronas mula beroperasi di Terengganu pada 1984, ia berjaya mewujudkan banyak peluang pekerjaan di samping memberi sumbangan besar di bidang pendidikan,” katanya.

Menurutnya, syarikat kebanggaan negara itu bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga di luar negara.

“Semua rakyat Malaysia berhutang budi dan bergantung kepada Petronas, bukan sahaja dari segi hasil, tetapi juga peluang pekerjaan yang diwujudkan di negara ini dan juga di luar negara.

“Kita akan teruskan kerjasama yang erat ini untuk membangunkan lagi sektor petrokimia di negara ini,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN