Pencerobohan Lahad Datu Cetus Iltizam Dinamik PDRM Tingkat Keselamatan

OPSDAULAT-WIRA-VAT69-4
Wira Ops Daulat

Pencerobohan pengganas bersenjata dari selatan Filipina di Sabah menjadi pemangkin kepada pasukan polis untuk sentiasa dinamik mengubah tahap dan prosedur keselamatan demi keamanan negara.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata kepada Bernama sejak insiden pencerobohan itu pada 12 Feb 2013, pelbagai inisiatif dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meningkatkan kawalan dan tahap keselamatan.

Antara langkah itu menaik taraf balai polis, menambah bilangan anggota dan mewujudkan pos kawalan baharu di kawasan strategik di sekitar gugusan Felda Sahabat di Lahad Datu, Sabah, katanya.

Malah PDRM turut menambah bilangan kereta peronda dan mendapatkan kenderaan pelbagai guna yang bersesuaian dengan bentuk muka bumi di Negeri Di Bawah Bayu itu untuk memudahkan pergerakan di kawasan seperti paya, ladang, hutan dan kawasan paya bakau, kata anak jati kelahiran Penampang, Sabah itu.

“Kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu hampir genap setahun. Banyak aspek keselamatan telah diperbaharui demi keselamatan rakyat dan kedaulatan negara,” katanya sambil menjelaskan terdapat banyak insiden berdarah di Sabah sebelum ini yang menjadikan PDRM sentiasa peka dalam memperbaharui aspek keselamatan negeri itu.

OPSDAULAT-WIRA-VAT69-3

Melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan, tentera dan PDRM melancarkan Operasi Daulat bermula 5 Mac setelah rundingan selama sebulan bagi menghantar pulang pengganas yang menceroboh Kampung Tanduo, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Feb lalu, menemui jalan buntu.

Pencerobohan itu juga menyaksikan lapan anggota polis terkorban di Kampung Tanduo dan di Semporna apabila diserang pengganas pada 1 dan 2 Mac, serta mengorbankan dua anggota tentera.

Kejayaan gerakan ofensif itu menyaksikan 68 pengganas ditembak mati dan 173 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 lagi atas pelbagai kesalahan lain.

Operasi Daulat tamat selepas kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (Esscom), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu, mulai 29 Mac lepas serentak dengan penguatkuasaan Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esszone) demi menjamin keselamatan dan keamanan rakyat Sabah.

Mohd Bakri, 59, pegawai tinggi PDRM berasal dari Sasbah itu berkata, PDRM turut meningkatkan keupayaan dari segi logistik, aset, kekuatan keanggotaan dan bahagian operasi serta mewujudkan balai polis di Pulau Pom Pom, Semporna untuk meningkatkan tahap keselamatan kawasan berkenaan termasuk di pulau-pulau peranginan berhampiran perairan Pantai Timur Sabah.

“Kerajaan pusat juga telah memperuntukkan RM11 juta kepada Esscom bagi tujuan membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur di 62 pos kawalan di Esszone,” katanya.

Katanya ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan pantai timur Sabah sentiasa terjamin.

“Ia sekali gus mengembalikan keyakinan pelabur termasuk pelaburan dalam industri perladangan kelapa sawit yang berkembang pesat, terutamanya di Lahad Datu,” katanya.
OPSDAULAT-WIRA-VAT69-2
Mengulas lanjut pengalamannya 39 tahun dalam PDRM, Mohd Bakri berkata antara insiden berdarah selain pencerobohan 12 Feb ialah kumpulan bersenjata dari selatan Filipina merompak sebuah bank di Lahad Datu dengan melarikan wang RM250,000 dan membunuh 11 orang awam pada 25 Sept 1985.

Beliau yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Polis Kudat berkata, peristiwa itu mengajar polis mengenai perancangan rapi, mengatur strategi dan menentukan operasi-operasi yang dilakukan dibuat secara teliti dalam memastikan keselamatan awam.

“Pada masa itu juga berlaku di mana sebuah pulau di Kudat, diserang lanun sehingga meranapkan kampung berkenaan dan menjadikan kampung itu seakan padang jarak padang terkukur.

“Selain itu, banyak lagi kejadian-kejadian jenayah dan pembunuhan di Sabah yang dilakukan kumpulan-kumpulan dari luar negara,” katanya.

Mohd Bakri berkata peristiwa-peristiwa itu jelas memberi pengajaran dan pengalaman berharga kepada negara khususnya anggota keselamatan dalam meningkatkan tahap keselamatan di Sabah.

vat69-1

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN