Koh Lipe: Destinasi Pelancongan Paling Selatan Di Thailand

koh-lipe-5

Thailand mempunyai banyak pulau peranginan yang menarik dan antaranya ialah Koh Lipe, pulau paling ke selatan di negara Gajah Putih ini.

Walaupun agak kurang dikenali jika dibandingkan dengan pulau-pulau seperti Koh Samui dan Phuket yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong asing, Koh Lipe mempunyai tarikan tersendiri.

Kedudukan, yang berhampiran dengan Langkawi iaitu kira-kira sejam perjalanan dengan bot laju, juga menyebabkan ia menjadi destinasi pilihan dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke pulau pelancongan utama di Malaysia itu.

Koh Lipe, yang juga dikenali sebagai “Pulau Lipeh” terletak di Laut Andaman dan berada dalam Wilayah Satun, yang adalah antara wilayah yang damai di Selatan Thailand yang seringkali bergolak.

Selain melalui Langkawi pengunjung juga boleh ke Koh Lipe menggunakan bot laju dari Pak Bara di tanah besar Wilayah Satun, membabitkan perjalanan kira-kira satu jam 40 minit.

Kunjungan penulis ke Koh Lipe baru-baru ini mendapati pulau itu mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikannya tumpuan pelancong asing terutama ketika musim sejuk di negara-negara empat musim.

koh-lipe-1

TIDAK ADA JETI

Apa yang menarik walaupun banyak bot yang keluar masuk ke pulau ini, pengunjung tidak akan dapat melihat sebarang jeti di Koh Lipe.

Sebaliknya bot-bot ini akan berlabuh di tepi pantai dan pengunjung terpaksa mengharungi air laut, kira-kira paras lutut, sebaik tiba di pulau itu.

Malah, barangan kargo turut dibawa menggunakan kaedah yang serupa.

Pada mulanya penulis merasakan ia menyusahkan pelancong tetapi bila difikirkan semula, pengalaman sebeginilah yang dikehendaki oleh para pengunjung yang mahukan sesuatu yang semulajadi.

Ini mungkin boleh dipelajari oleh pengusaha pelancongan di Malaysia yang sering menjadikan ketiadaan jeti atau jeti tidak cukup sempurna sebagai punca kegagalan menggamit pelancong asing.

koh-lipe-3

AKTIVITI PELANCONG DI KOH LIPE

Bagi pelancong dari negara empat musim, mereka datang ke Koh Lipe ketika musim sejuk di negara mereka kerana mahukan cuaca panas dan berehat di pantai.

Koh Lipe mempunyai tiga pantai utama yang bersih iaitu “Sunset Beach”, “Sunrise Beach” dan “Pattaya Beach”.

Selain keindahan pantainya, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti snorkeling, ‘island hopping’ dan memancing dengan mereka dibawa menaiki bot tradisional yang dibuat daripada papan dan bukan bot moden yang diperbuat daripada fiber.

Untuk melakukan aktiviti itu tidak sukar kerana banyak resort dan syarikat yang menyediakan kemudahan bot dan menyewa peralatan yang diperlukan dengan harga yang berpatutan.

Koh Lipe adalah sebuah pulau kecil, oleh itu adalah tidak mustahil untuk mengelilingi seluruh pulau itu dalam tempoh satu jam dengan berjalan kaki.

HANYA JADI TUMPUAN NOVEMBER HINGGA APRIL

Sebelum ini, resort dan tempat penginapan di Koh Lipe hanya dibuka selama enam bulan setahun iaitu November hingga April dan ditutup pada Mei hingga Oktober berikutan musim hujan dan ombak kuat.

Seorang pemandu pelancong di Koh Lipe, Sulaidi Sendakan, 28, berkata sejak setahun lepas, pengusaha pelancongan di pulau ini telah cuba teruskan operasi dari Mei hingga Oktober tetapi tidak ramai yang berkunjung ke sini kerana bimbangkan ombak kuat.

Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini adalah pelancong Eropah selain pengunjung dari Malaysia dan Singapura.

“Orang Eropah ni tinggal lama… berbulan-bulan. Dalam tempoh enam bulan (November hingga April) mereka datang sini, selepas itu ke pulau lain di Thailand ataupun ke Langkawi. Lepas itu mereka datang semula ke sini,” katanya yang sudah tiga tahun menjadi pemandu pelancong di Koh Lipe.

Beliau berkata pelancong dari negara selain Malaysia biasanya datang menerusi Lapangan Terbang Hatyai yang terletak 90 km dari Pak Bara.

“Ada yang datang dari Phuket yang terletak kira-kira 460 km dari Pak Bara, dan dari Krabi yang terletak lebih 200km dari Pak Bara,” katanya.

Pelancong Eropah suka melihat terumbu karang dan keindahan dasar laut di Koh Lipe dan 51 pulau kecil di sekeliling Koh Lipe.

Sulaidi berkata beliau sering menguruskan kemasukan pelancong dari Malaysia dan Singapura, dan turut membawa pelancong dari Thailand ke Langkawi.

“Pada musim tidak ada pelancong, pulau ini sunyi sepi kerana penduduk tempatan tidak ramai,” katanya yang berasal dari tanah besar Satun, sebuah wilayah yang kira-kira 68 peratus penduduknya beragama Islam.

koh-lipe-7

TIADA MASALAH MAKANAN HALAL

Pengunjung beragama Islam yang datang ke Koh Lipe tidak akan berhadapan dengan masalah mendapatkan makanan halal.

Ini kerana resort-resort di sini menyediakan makanan halal apatah lagi Koh Lipe berada dalam wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Terdapat juga gerai-gerai makan yang diusahakan oleh orang Islam di luar kawasan resort.

Malah ada gerai yang menjual roti canai, roti telor dan roti pisang yang diubahsuai sedikit daripada apa yang ada di Malaysia.

Ramai juga pengusaha pelancongan di pulau ini adalah rakyat Thai yang beragama Islam dan mempunyai ramai saudara mara di Malaysia terutama di Langkawi.

Seorang pengusaha pelancongan yang dikenali sebagai Kak Rosni, 51, berkata beliau menyediakan pakej untuk pelancong yang beragama Islam yang kebanyakannya dari Malaysia.

“Kedudukan pulau ini yang berhampiran dengan Kedah dan Langkawi, menyebabkan adanya permintaan untuk orang Malaysia datang ke sini. Selain masuk ikut Langkawi, ada yang ikut jalan darat melalui Bukit Kayu Hitam ke Pak Bara,” katanya.

Selain menerima kehadiran pelancong ke pulau ini, beliau turut membawa pelancong dari Koh Lipe ke Langkawi.

“Usaha seperti ini menguntungkan industri pelancongan kedua-dua negara, Lagipun dari Koh Lipe ke Langkawi hanya sejam perjalanan,” katanya yang juga berasal dari Satun.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

10 jenis pisang terbaik di dunia: “Pisang Mas” Malaysia menjadi juara!

Peranan penting Magnesium dalam pengurusan dan pencegahan diabetes

Mitos tentang pulut

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN