Dulu Saman Berjuta, Kenapa Sekarang Dikatakan Satira Politik?

 Terasa-Cork

Ahli parlimen DAP, Teresa Kok cuba mempertahankan tindakan biadap dan kurang ajar yang dilakukan melalui video sindiran sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini. Menurutnya Umno sengaja ingin memutarbelitkan isu kandungan klip video yang bertajuk ‘Onederful Malaysia’ itu kerana telah bankrap idea.

Wakil rakyat dari Seputeh itu mengatakan, rakaman video tersebut hanyalah merupakan‘satira politik’ (lawak politik) semata-mata kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana pihak dan tidak menyebut sebarang nama serta bukan bersifat hasutan.

Paling menarik dia turut mengatakan sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dirinya ia adalah merupakan “penindasan politik”.

Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut : But then, you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire” (anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan).

Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Yang menariknya isu yang hampir sama ini, pernah terjadi pada beberapa tahun yang lalu. Pada 9 Oktober 2008, dia telah mengemukakan saman berjumlah RM30 terhadap Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Zaini Hassan dan Utusan Melayu (M) Bhd yang kononnya telah menerbitkan sebuah artikel fitnah.

Artikel yang bertajuk ‘Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ‘ba-alif-ba-ya’ itu dikatakan bertujuanmemperkecilkan dirinya secara peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Ketika perbicaraan kes tersebut, dia yang ditanya oleh peguam mengakui artikel tersebut langsung tidak menyebut namanya. Tidak lama selepas itu, Teresa telah mengarahkan peguamnya untuk menarik semula kes tersebut tanpa memberikan sebarang alasan.

Selain daripada itu, dia juga pernah mengemukakan saman terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya kerana menulis sebuah cerpen bertajuk “Politik Baru YBJ” yang kemudiannya diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 12 Oktober 2008.

Merasakan cerpen tersebut merujuk kepada dirinya, anggota Exco kerajaan negeri Selangor itu segera memfailkan saman pada 12 Disember 2008 yang berjumlah RM30 juta juga. Dia mendakwa cerpen tersebut telah merujuk kepada dirinya dan bukan hanya sekadar kebetulan. Kes tersebut juga akhirnya diselesaikan di luar mahkamah.

Kesimpulannya, apabila terkena batang hidung sendiri dia bukan main marah lagi, sehingga bertindak mengemukakan saman yang bernilai jutaan ringgit. Pada ketika itu, tidak timbul pula soal satira politik atau hanya sekadar lawak jenaka.

Diharapkan siasatan terhadap kes ini dapat dijalankan dengan segera agar hukuman dapat dijalankan sekiranya terbukti dia bersalah.Semoga dengan tindakan itu, tidak ada lagi kes-kes yang menyentuh sensitiviti dan bersifat perkauman dilakukan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN