Khalid Ibrahim sahkan Anwar perkuda Selangor #PRKKajang

khalid ibrahim-anwar ibrahim

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan negerinya diperalatkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-cita beliau menduduki kerusi di pejabat perdana menteri di Perdana Putra, Putrajaya dan bukan mensasarkan jawatan yang disandangnya.

“Sebenarnya Anwar melihat melangkaui jawatan MB. Di penghujung cerita, matlamat ialah peringkat Persekutuan dengan menjadikan Selangor sebagai batu loncatan,” katanya pada Khamis.

Sehubungan itu, kata Khalid, beliau tidak mahu terlalu memikirkan soal perubahan menteri besar, termasuk spekulasi Anwar mahu mengambil alih jawatan yang sedang disandang beliau itu buat masa ini, tetapi ingin menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dahulu.

Dalam pemikiran beliau sekarang kombinasi pengalaman korporat yang dimilikinya dan pengalaman mentadbir kerajaan yang ada pada Anwar akan memberikan “head-start” (permulaan yang baik) untuk mencabar Putrajaya.

Khalid juga menegaskan buat masa ini beliau tidak merancang untuk meletakkan jawatan.

“Apa sahaja yang hadir selepas pilihan raya ini nanti, kita akan bincangkan di peringkat Pakatan.” katanya dalam wawancara yang dikendalikan wartawan BFM dan The Edge yang disiarkan media rasmi kerajaan negeri Selangorkini.

Wawancara berkenaan dibuat di tengah-tengah kemelut konfrantasi beliau dengan ketua PKR Selangor Azmin Ali serta ura-ura rancangan untuk menggantikan beliau sebagai menteri besar semakin kuat ekoran perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Kajang, Lee Chin Cheh.

Ditanya sama ada beliau mempunyai sokongan untuk terus mengetuai kerajaan Selangor daripada PAS dan DAP, Khalid dengan yakin mengiyakannya

“Ya, saya mempunyai sokongan buat masa ini. Parti (PKR) pula terpaksa pasrahlah,” jawap beliau sambil ketawa.

Dalam wawancara itu juga, Khalid turut menyentuh mengenai kejayaan pentadbiran pakatan pembangkang membina rizab negeri yang kukuh.

“Sekarang kita bukan sahaja boleh bercakap mengenai idea tetapi juga mempunyai wang untuk menterjemah idea itu kepada bentuk fizikal.

“Takkan kita mahu berharap dan bercakap sahaja? Bagi saya, politik harus lebih daripada sekadar retorik, kerana retorik tidak boleh mengenyangkan perut.

“Pertama, dapatkan dahulu duit yang perlu. Kemudian barulah fikir nak makan apa,” kata Khalid yang mendakwa pengumpulan rizab itu perlu dilakukan kerana kerajaan Persekutuan tidak akan meminjamkan dana yang diperlukan Selangor

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN