42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM sekiranya cukup bilangan bentuk kerajaan, kata Guan Eng

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya presiden PKR itu mempunyai cukup bilangan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya ambil maklum mengenai pengumuman Anwar, yang mendakwa cukup sokongan ahli Parlimen untuk menuju ke Putrajaya.

“Kami mengambil maklum pengumuman tadi bahawa beliau mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan.

“Selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, 42 ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri sekiranya beliau cukup bilangan untuk membentuk kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Anwar mengumumkan beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang dan beliau akan menghadap Agong dalam masa terdekat.

Anwar turut mengumumkan beliau membentuk pakatan baru dengan rakan baru.

Daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, PH mempunyai 91 ahli Parlimen, Warisan (9), dan PSB (2). Enam lagi ahli Parlimen daripada kumpulan penyokong Dr Mahathir Mohamad dan seorang wakil rakyat bebas.

BN pula mempunyai 43 kerusi, PPBM (31), PAS (18), GPS (18), PBS (1) dan STAR (1).

Rujukan:

Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen
https://pakdin.my/saya-dapat-sokongan-hampir-dua-pertiga-ahli-parlimen-anwar

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar
https://pakdin.my/umno-tidak-halang-wakil-rakyat-sokong-anwar

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh
https://pakdin.my/istana-negara-sahkan-majlis-menghadap-anwar-ditangguh

spot_img