Polis Buru Penjenayah Berbahaya Di Hutan Berhampiran Plaza Tol Behrang

penjenayah-behrang

SLIM RIVER — Polis Perak menggerakkan pasukan ‘Op Kesan’ sejak malam tadi memburu sekumpulan penjenayah berbahaya dan dipercayai memiliki senjata api yang disyaki bersembunyi di kawasan hutan berpaya berdekatan plaza tol Behrang di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata kumpulan yang disyaki mempunyai lebih tiga orang suspek itu meninggalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi Q7 pada 7.30 malam di Kilometer 379.1 Lebuhraya Utara Selatan untuk melarikan diri.

“Sebelum itu polis mengejar kenderaan terbabit dan apabila tiba di kawasan yang terletak tiga kilometer dari plaza tol Behrang, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum kita berbalas tembakan dalam keadaan berhati-hati terhadap orang awam,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim di sini Selasa.

Beliau berkata terdahulu IPD Tanjung Malim menerima maklumat berkenaan dua kes samun berlaku di Rawang, Selangor yang masing-masing melibatkan wang tunai RM5,000 dan sekeping cek bernilai RM17,000 pada 4.45 petang dan kenderaan suspek dikesan menuju ke utara melalui lebuh raya itu.

Pada 6.30 petang, kenderaan SUV berwarna putih dengan nombor pendaftaran palsu JGJ 7 itu dikesan merempuh tiang penghadang pondok kutipan tol di plaza Behrang menuju ke arah pekan Slim River, katanya.

Mohd Dzuraidi berkata apabila tiba di hadapan IPD Tanjung Malim di sini, kenderaan Audi Q7 itu membuat pusingan U dan menghala semula ke plaza tol Behrang apabila menyedari polis mengadakan sekatan jalan raya.

“Mereka dikesan memasuki semula lebuh raya menghala ke utara. Apabila tiba di plaza tol Slim River, kereta mereka terperangkap dalam kesesakan berhampiran plaza itu dan sekali lagi membuat pusingan U untuk menuju ke arah selatan di lebuh raya berkenaan sebelum kejadian berbalas tembakan terjadi menyebabkan mereka meninggalkan kenderaan itu di tepi lebuh raya,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dipercayai terlibat dengan beberapa kes samun di daerah Taiping, Kerian dan Ipoh sejak penghujung tahun lalu.

Pemeriksaan ke atas kenderaan SUV itu pula mendapati ia telah digunakan dalam satu kes samun di Aulong, Taiping pada 18 Jan lepas, katanya.

Katanya siasatan mendapati tiada kesan darah di bahagian dalam kenderaan itu dan polis turut menjumpai beberapa jenis barang di dalamnya iaitu lima bilah parang, pemotong besi, paket kecil dadah jenis syabu dan topeng muka.

Mohd Dzuraidi berkata Op Kesan yang digerakkan malam tadi diteruskan pagi ini dengan kawasan operasi diperluaskan sehingga 10 kilometer radius dan pihaknya percaya kumpulan itu masih berada di kawasan hutan itu.

“Operasi oleh 68 anggota dari IPD Tanjung Malim, Pasukan Gerakan Am, Ibu Pejabat Kontinjen Perak serta Unit Anjing Pengesan turut menjumpai sedikit wang, kunci dan topi di kawasan yang terletak dua kilometer dari tempat kenderaan yang ditinggalkan. Tiada kesan darah dijumpai di kawasan yang kita jejak,” katanya.

Beliau berkata polis juga sedang mencari seorang lelaki iaitu Mohamad Hanifa Abu Bakar berusia 31 tahun yang beralamat di Taman Anggerik Biru, Kuala Kangsar yang dipercayai dapat membantu pihak polis menyiasat kes itu.

Mohd Dzuraidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi balai polis terdekat atau IPD Tanjung Malim di talian 05-4526 999.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â