Bayi Baru Dilahirkan Ditinggalkan Tepi Rumah Dekat Jalan Kuala Kedah

Bayi yang lengkap bertali pusat itu ditemuinya hanya berlapikkan beg plastik - See more at: http://www.tv9.com.my/beritatv9/tajuk_utama/Jumpa_Bayi_Di_Luar_Rumah.html#.Ut0WAbSwokI
Bayi yang lengkap bertali pusat itu ditemuinya hanya berlapikkan beg plastik

ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan di tepi sebuah rumah di Kampung Sungai Sebatang, Jalan Kuala Kedah di sini, Isnin. Tangisan bayi itu akibat digigit nyamuk mengejutkan seorang pelajar tingkatan lima, Normawani Ahmad, 17, yang sedang tidur di tingkat atas rumah dua tingkat kira-kira pukul 3 pagi.

“Saya terkejut mendengar suara tangisan yang agak hampir dengan rumah dan bunyi orang berjalan lalu membuka tingkap bilik dan ternampak seorang bayi ditinggalkan dalam keadaan berbogel atas plastik warna merah,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Menurut Normawani dia memberitahu ibunya, Harison Shafie, 50, yang tidur di rumah kakaknya bersebelahan rumah mereka mengenai bayi itu.

Normawani Ahmad,17, menunjukkan tempat dia menemui bayi yang baru dilahirkan di Kampung Sungai Sebatang, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar,

“Semasa mengambilnya kami tidak menemui sebarang nota tetapi terdapat kesan darah dan najis pada badan bayi manakala badannya kebiruan dan terdapat banyak kesan gigitan nyamuk.

“Ibu saya membersihkan dan memakaikan dia dengan baju anak saudara saya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan,” kata Normawani yang bersyukur bayi itu selamat dan tidak menjadi mangsa anjing liar yang kerap berkeliaran di kawasan rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan yang dihubungi mengesahkan penemuan bayi itu dan kini berada di HSB untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya polis sedang mengesan ibu bapa bayi tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â