Ops Harga 2.0 Serentak Diseluruh Negara Pada Isnin

Kpdnkk

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan Ops Harga 2.0 serentak di seluruh negara pada Isnin bagi membendung masalah kenaikan harga barangan yang membebankan pengguna kebelakangan ini.

Sepanjang pelaksanaan operasi itu, mana-mana pihak yang melanggar peraturan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, akan dikenakan tindakan dan dihadapkan ke mahkamah.

Peniaga yang didapati bersalah menurut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara dua tahun manakala bagi kesalahan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM4,000 atau penjara tiga tahun.

Ops Harga 2.0 tahun ini adalah kesinambungan Ops Harga 1.0 yang bermula Julai tahun lepas.

Di PUTRAJAYA, Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayuddin berkata pemeriksaan yang dijalankan di Pasar Presint 8 hari ini mendapati tiada masalah dalam harga barangan yang dijual.

Namun para peniaga dinasihati meletakkan tanda harga pada setiap barangan agar lebih jelas dan tidak hanya dipapar pada satu papan tanda besar, katanya.

Mohd Roslan bagaimanapun berkata satu notis dikeluarkan kepada seorang peniaga kerana menjual cili merah pada harga RM19 sekilogram, kadar yang agak tinggi berbanding tempat lain.

Peniaga itu diminta menghantar laporan kepada KPDNKK dan menjelaskan sebab harga tersebut diletakkan, katanya.

Di ibu negara, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Rosli Ahmad berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan peniaga dan peruncit yang menipu timbang dan tidak mempamer tanda harga.

Katanya KPDNKK akan membawa peniaga dan peruncit yang gagal mematuhi peraturan ke mahkamah.

“Kementerian tidak lagi mengeluarkan kompaun kerana peniaga selalu mengabaikan kompaun yang dikeluarkan,” kata Rosli kepada pemberita selepas Ops Harga 2.0 yang dijalankan di Pasar Pudu.

Di ALOR SETAR, Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang membuat tinjauan ke Pasar Besar Alor Setar berkata kenaikan harga barangan yang keterlaluan disebabkan peniaga yang terpengaruh dengan sikap tamak dan mengetepikan nilai kemanusiaan.

Di KUALA TERENGGANU, KPDNKK mengesan lapan kes peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi harga barangan di sekitar daerah itu Isnin.

Pengarahnya Shamsul Badrein Mohsein berkata daripada jumlah itu, tiga kes melibatkan peniaga mengguna mesin penimbang yang tamat tempoh manakala lima peniaga dikesan tidak mematuhi harga kawalan yang ditetapkan kementerian.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan harga barangan di pasar Chabang Tiga hari ini, beliau berkata dalam operasi itu, pihaknya turut menyita pelbagai jenis barangan bernilai RM232.

Di KOTA BAHARU, sebanyak 43 peniaga dikompaun sejak 1 Jan selepas gagal meletakkan tanda harga di premis perniagaan mereka.

Pengarah KPDNKK Kelantan Sharuddin Jali berkata pihaknya mengeluarkan lima kompaun kepada lima peniaga selepas mendapati mereka gagal meletakkan tanda harga di premis perniagaan.

Selain Kota Baharu, KPDNKK Kelantan turut melaksanakan operasi sama di tiga lokasi berlainan di Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai pada hari ini.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN