Mayat lelaki, wanita dijumpai bogel dalam kereta

pasangan-mati-bogel-dalam-kereta

Kebimbangan seorang isteri mengenai kehilangan suaminya yang tidak pulang ke rumah sejak kelmarin terjawab apabila lelaki itu ditemui mati bersama seorang wanita dalam keadaan berbogel di dalam kereta di sebuah premis perniagaan di Bandar Cyber dekat sini hari ini.

Kedua-duanya yang masing-masing berusia 58 dan 51 tahun itu ditemui pada pukul 9 malam tadi di dalam kereta Proton Wira milik lelaki terbabit dalam keadaan enjin kenderaannya masih belum dimatikan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, isteri lelaki tersebut membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya pada pukul 7.55 malam hari ini selepas suaminya tidak pulang ke rumah sejak kelmarin.

Katanya, wanita tersebut kemudiannya pergi ke kedai milik suaminya di belakang sebuah hotel bajet di sini dan mendapati terdapat kepulan asap yang datang dari arah kedai berkenaan sebelum dia bertindak memecah masuk kedai tersebut.

“Sebaik sahaja masuk ke dalam kedai itu, wanita terbabit mendapati suaminya dan seorang wanita lain yang tidak dikenali berada dalam sebuah kereta dalam keadaan bogel. Kedua-dua mereka bagaimanapun sudah tidak bernyawa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Paramasivam berkata, pemeriksaan mendapati kereta yang dipercayai milik mangsa wanita terbabit iaitu jenis Proton Iswara juga berada di luar premis perniagaan berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh mayat kedua-dua mangsa tersebut.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kejadian,” ujarnya.

..

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN