Spurs Akhirnya Pecat AVB

Andre Villas-Boas

KELAB Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspurs memutuskan untuk memecat pengurus mereka, Andre Villas-Boas (AVB) sehari selepas pasukan itu tewas 5-0 di tangan Liverpool di tempat sendiri, White Hart Lane.

Spurs turut kalah besar 0-6 di tangan Manchester City, beberapa minggu lalu.

Insiden pemecatan ini adalah yang kedua buat AVB dalam tempoh tidak sampai dua tahun. Sebelum ini dia dipecat oleh sebuah lagi kelab London, Chelsea – juga tidak sampai setahun mengurus kelab itu.

Sehingga saat dia dipecat AVB masih menaruh kepercayaan yang dia akan mendapat sokongan daripada pihak lembaga pengarah Spurs. Dia tidak percaya yang dia akhirnya akan disingkirkan dengan pantas.

Tetapi dua kekalahan besar lagi memalukan selepas kelab itu berbelanja sehingga £107.6 juta untuk membeli pemain-pemain baru adalah terlalu berat untuk ditanggung oleh pihak pengurus kelab itu.

Sebagai langkah sementara, pengarah teknikal Spurs, Tim Sherwood akan mengambil alih tanggungjawab AVB untuk berhadapan dengan West Ham Rabu ini dalam persaingan Piala Capital One.

AVB dilantik sebagai pengurus Spurs selepas Harry Redknapp dipecat pada 2012 setelah kelab itu merasakan yang mereka memerlukan suntikan baru dari seorang pengurus muda untuk membawa kelab itu ke alaf baru.

Pemecatan AVB itu diumumkan dalam satu kenyataan ringkas yang antara lain menyebut bahawa pihak kelab dan pengurus mereka telah mencapai satu persetujuan bersama untuk berpisah demi masa depan dan kebaikan masing-masing.

Keputusan untuk memecat AVB itu menepati ramalan pelbagai pihak bahawa masa depannya bersama Spurs sudah tidak terjamin lagi apabila taktik dan strateginya untuk meletakkan barisan pertahanan jauh ke hadapan telah membolehkan serangan balas yang pantas pihak lawan membolosi benteng terakhir dengan mudah.

Faktor kedua ialah, AVB telah membelanjakan sejumlah £107.6 juta hasil daripada duit jualan bintang mereka Gareth Bale berjumlah £87 juta untuk membeli bintang-bintang seperti Erik Lamela (Roma) – £30 juta; Vlad Chiriches (Steaua) – £8.5 juta; Etienne Capoue (Toulouse) – £8.6 juta; Nacer Chadli (Twente) – £6 juta; Roberto Soldado (Valencia) – £26 juta; Christian Eriksen (Ajax) – £11.5 juta; Paulinho (Corinthians) – £17 juta yang kesemuanya gagal melonjakkan kelab itu ke tahap yang diharapkan.

Dengan pemecatan AVB, Spurs kini menyenaraikan bekas pengurus England, Fabio Capello, sebagai sasaran nombor satu mereka.

Selain Capello, dua lagi nama yang turut disebut ialah pengurus veteran, Gus Hiddink dan anak didik kesayangan Spurs sendiri iaitu Glenn Hoddle.

AVB menjadi pengurus Liga Perdana Inggeris yang kelima dipecat musim ini selepas Paolo Di Canio (Sunderland), Ian Holloway (Crystal Palace), Martin Jol (Fulham) dan yang terbaru Steve Clarke (West Bromwich Albion) Sabtu lalu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN