Kerajaan Tingkatkan Martabat Sekolah Pondok

Peruntukkan RM400,000 Bagi Pembangunan Madrasah Mazahirul Ulum - TPM

Jangan lagi pandang rendah kepada pelajar lulusan sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah agama rakyat termasuk pondok dan tahfiz kerana mereka kini turut berpeluang mendapat pekerjaan sehingga ke taraf profesional.

“Jika sebelum ini, peluang kerjaya lepasan pengajian pondok terhad kepada menjadi tenaga pengajar di institusi pondok, kini lepasan pondok boleh memilih kerjaya profesional setelah tamat pengajian di institusi pengajian tinggi,” kata Ketua Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia, Datuk Dr Mashitah Ibrahim kepada Bernama baru-baru ini.

Antara kerjaya yang menjadi pilihan para hafiz dan hafizah berkenaan ialah doktor, jurutera, pensyarah, peguam dan hakim di mahkamah Syariah.

Ini susulan lulusan berkenaan kini diiktiraf dan diberi peluang menyambung pengajian ke peringkat universiti di beberapa universiti tempatan seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Selangor, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Islam Antarabangsa, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah.

Malah kerajaan menubuhkan Institusi Pengajian Tinggi Tahfiz al Quran, Darul Quran yang menawarkan program seperti Diploma tahfiz.

BANTUAN

Sebelum ini, kerajaan mengambil pelbagai inisiatif bagi mencapai matlamat itu dengan memberi pelbagai bantuan dari segi kewangan serta sokongan dan pengiktirafan pusat pengajian pondok.

Dengan bantuan kewangan dan sokongan oleh pihak kerajaan, kebanyakan pusat pengajian pondok semakin moden dan menawarkan aliran integrasi pendidikan Al-Quran dan akademik mengikut korikulum yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran.

Malah pendidikan pondok kini semakin menarik minat golongan belia menghayati Al-Quran.

Tambah Dr Mashitah lagi, pada tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kelulusan peruntukan projek pembangunan berjumlah RM740,000 yang disalurkan kepada 19 sekolah pondok dan tahfiz di Kedah.

Kelulusan itu membabitkan peruntukan RM50,000 kepada setiap 12 sekolah pondok serta RM20,000 bagi setiap tujuh sekolah tahfiz di Kedah.

Terbaharu, dengan pengumuman peruntukan RM50 juta untuk pembangunan sekolah agama berkenaan turut dilihat sebagai seriusnya kerajaan untuk meningkatkan martabat sekolah-sekolah berkenaan.

AKSES KEPADA PENGAJIAN AL-QURAN DIPERLUAS

Sementara itu, tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Al Hidayah (MATAH) Zubair Hassan ketika dihubungi berkata, ibu bapa memilih sekolah pondok yang juga menawarkan pendidikan akademik kerana tidak mahu anak mereka ketinggalan dalam bidang akademik.

“Pendidikan asas atau subjek akademik adalah keperluan dunia kini dan ilmu Al-Quran ialah saham untuk akhirat, oleh itu adalah penting bagi mereka mendapatkan pendidikan yang seimbang untuk kehidupan seharian,” katanya.

Zubair berkata, aliran pendidikan ini tidak menjadi beban kepada pelajar kerana hanya mengikuti pendidikan subjek teras seperti Sains, Matematik, Bahasa Ingeris, Sejarah, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab atau mereka boleh memilih beberapa subjek lain bagi memenuhi perancangan pendidikan masing-masing.

“Sejak tahun 2000 apabila sistem terbuka peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperkenalkan, ia memudahkan lagi untuk sekolah pondok memperluaskan aliran pendidikan,” katanya.

Langkah itu membuktikan kerajaan prihatin tentang keperluan pendidikan fleksible kepada semua pelajar di negara ini termasuk pelajar pondok.

PILIH SEKOLAH PONDOK YANG BERDAFTAR

Untuk mendapat pengajian Al-Quran yang lengkap dan terbaik, ibu bapa sanggup berpisah dengan anak dan menghantar mereka ke sekolah pondok yang kebanyakan berada di luar bandar dan menyediakan kemudahan asrama pelajar.

Namun, ibu bapa dinasihat supaya memilih sekolah yang berdaftar dengan jabatan agama negeri dan Majlis Agama Kebangsaan supaya pihak berwajib dapat menjalankan pemantauan terhadap pendidikan sekolah itu.

Bagi Siti NorDalilah Kamaruddin, sebelum menghantar anak ke sekolah pondok, beliau membuat sedikit penyelidikan tentang latar belakang sekolah itu.

Dalilah, ibu kepada empat cahaya mata, menghantar dua anaknya berumur 11 tahun dan 10 tahun bagi mengikuti pengajian pondok di Akademi Tahfiz Al Abrar.

“Saya tak mahu jika tersilap sekolah, anak saya dieksploit digunakan sebagai peminta sedekah untuk menampung keperluan sekolah itu,” katanya.

Bagi mengelak perkara demikian, Dalilah memastikan beliau sentiasa memantau kebajikan anaknya dengan kerap bertanya khabar serta melawat mereka setiap minggu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN