Lapor Secara Bertulis Perbuatan Salah Laku Calon – Megat Najmuddin #PemilihanUMNO

wanita-umno-undi

Lembaga Disiplin Umno hanya akan bertindak terhadap laporan salah laku calon sepanjang pemilihan parti jika ia dibuat secara bertulis.

Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata sejak semalam, beliau menerima banyak panggilan telefon daripada calon dan anggota perwakilan yang membuat aduan kononnya terdapat salah laku calon-calon yang bertanding.

“Memang banyak yang diterima secara lisan sejak semalam.

“Apa yang boleh saya katakan, mereka (yang membuat aduan) perlu membuat laporan bertulis secara rasmi kerana kita (lembaga) hanya akan menyiasat sekiranya ada (laporan) hitam putih,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi Sabtu.

Megat Najmuddin mengulas dakwaan terdapat salah laku calon-calon yang bertanding pada pemilihan parti kali ini.

Selain itu, katanya, pengadu juga perlu mengemukakan bukti salah laku seperti yang dilaporkan sebelum tindakan lanjut diambil Lembaga Disiplin.

Dalam pada itu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata proses pemilihan tiga sayap parti itu di Pulau Pinang berjalan lancar walaupun berlaku beberapa insiden kecil di awal mesyuarat.

“Sistem ini pertama kali diperkenalkan, oleh itu tentulah ada beberapa kelemahan. Kita akan perbaikinya dan selepas ini akan dibuat post-mortem,” katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam.

Secara keseluruhannya, mesyuarat dan pemilihan ketiga-tiga sayap di 191 bahagian Umno lancar kecuali sedikit masalah seperti kekeliruan berhubung status perwakilan Pergerakan Puteri di sebuah bahagian di Pulau Pinang.

Turut dilaporkan berlaku ialah masalah tertukar kertas undi membabitkan Pergerakan Puteri di dua bahagian di Selangor kerana disimpan di tempat sama.

Warna kertas undi dikatakan turut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan sesetengah perwakilan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN