Kerajan Kebajikan Selangor: Penduduk Rumah Panjang PJS1 diarah pindah, rumah tak siap

M Sugumaran, berkata sepanjang tempoh enam tahun, penduduk terpaksa membayar wang faedah bank bernilai ribuan ringgit walaupun projek rumah kos rendah yang dijanjikan kepada mereka gagal disiapkan.

PETALING JAYA: Penduduk Rumah Panjang PJS1, Petaling Utama di sini kecewa dengan sikap Kerajaan Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang tidak mengendahkan masalah mereka berhubung pembelian rumah kos rendah Blok E yang terbengkalai sejak enam tahun lalu.

Seramai 35 penduduk Rumah Panjang PJS1 juga kesal dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Taman Medan, Haniza Mohamed Talha yang gagal membela nasib mereka serta gagal menjalankan tanggungjawab seperti dijanjikan ketika berkempen pada pilihan raya umum lalu. Penduduk di situ terpaksa hidup bagai masyarakat nomad apabila diarah berpindah untuk kali ketiga apabila dimaklumkan kawasan penempatan mereka sekarang ingin didirikan sekolah. Walaupun MBPJ dan Kerajaan Selangor bersetuju membayar ganti rugi perpindahan bernilai RM14,285 untuk tempoh dua tahun tetapi penduduk tidak menerima dokumen bertulis berhubung perkara terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan Naib Setiausaha Persatuan Penduduk PJS1 Petaling Utama, M Sugumaran, berkata sepanjang tempoh enam tahun, penduduk terpaksa membayar wang faedah bank bernilai ribuan ringgit walaupun projek rumah kos rendah yang dijanjikan kepada mereka gagal disiapkan.

Katanya, selepas itu penduduk dijanji akan menerima unit rumah di blok yang bakal dibina berhampiran Rumah Panjang PJS1 tetapi seperti sebelum ini, mereka tidak mendapat sebarang jaminan, malah projek perumahan baru yang dijanjikan itu juga belum nampak tanda akan dibina dalam masa terdekat.

Masalah dihadapi penduduk sudah dibangkitkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seakan tidak diendahkan, sebaliknya masalah kami `ditendang seperti bola apabila MBPJ dan Kerajaan Selangor tidak memberi kata putus.
Penduduk di Rumah Panjang PJS1 tidak menolak pembangunan terutama pembinaan sekolah yang dirancang tetapi masalah timbul apabila kami diarah berpindah untuk kali ketiga tanpa perbincangan dan jaminan yang kami tidak akan ditipu sekali lagi, katanya.

Seorang penduduk, M S Mahendran berkata, beliau rasa teraniaya apabila wakil rakyat yang berjanji menyelesaikan masalah mereka tidak pernah turun padang untuk membantu, sebaliknya seperti menyebelahi pemaju.

Pegawai MBPJ pernah menyatakan masalah itu tidak perlu dibangkitkan lagi kerana projek dihentikan tetapi tidak membantu kami yang terpaksa membayar kadar faedah bank secara berterusan, katanya.

Rakannya, R Sunaharasolan berkata, beliau yang mempunyai tujuh anak dan lima daripadanya masih bersekolah di sekolah rendah tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana namanya tidak tersenarai sebagai penerima bantuan pemindahan.

Seorang penduduk, M S Mahendran berkata, beliau rasa teraniaya apabila wakil rakyat yang berjanji menyelesaikan masalah mereka tidak pernah turun padang untuk membantu, sebaliknya seperti menyebelahi pemaju

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN