Panel SPRM Puji Ketelusan Laporan Ketua Audit Negara

audit-2012

Panel di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memuji ketelusan Laporan Ketua Audit Negara 2012, tetapi kecewa dengan percanggahan dalam sistem tender kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Datuk Johan Jaaffar berkata laporan itu mendedahkan pelbagai kelemahan dalam pengurusan kewangan kementerian, agensi, kerajaan negeri dan syarikat-syarikat milik kerajaan.

Panel itu juga menghargai komitmen tinggi Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam menghasilkan laporan tahunan yang telus, kata Johan bagi pihak ahli-ahli panel dalam satu kenyataan, Jumaat.

“Kesediaan kerajaan dalam menerima laporan layak dipuji dan menunjukkan bahawa kerajaan tidak mempunyai sebarang niat untuk menyimpan mana-mana bahagian laporan itu daripada diketahui umum, tidak kira berapa kritikal hasil semakan itu atau ia boleh memberikan persepsi negatif orang ramai,” katanya.

Beliau juga berkata panel itu mengambil kira pelbagai langkah pemulihan yang diambil oleh pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri sebagai tindak balas kepada kritikan yang terkandung dalam laporan sebelumnya.

Walau bagaimanapun panel itu kecewa dengan percanggahan dalam sistem tender, bekalan dan perolehan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh kementerian, agensi, kerajaan negeri dan syarikat-syarikat kerajaan yang terlibat, katanya.

“Kami memandang serius kelemahan yang bukan sahaja boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah tetapi menjejaskan sistem penyampaian kerajaan,” katanya.

Johan berkata panel itu amat bimbang dengan tindakan kecuaian yang serius dalam sistem kawalan dan pengawasan yang mengakibatkan aset berbahaya seperti senjata api yang hilang.

“Apa juga yang jelas adalah kekurangan penyeliaan ke atas pembekal dan kontraktor yang menyebabkan prestasi kerja tidak memuaskan,” katanya.

Panel itu juga bingung dengan hakikat bahawa walaupun kelemahan ini telah ditonjolkan dalam laporan sebelum ini, ia tetap terus berulang.

“Oleh itu, kami menggesa Ketua Setiausaha Negara untuk membentuk satu jawatankuasa khas untuk bertindak ke atas Laporan Ketua Audit Negara 2012c supaya tindakan segera yang sesuai boleh diambil untuk menangani kelemahan ini,” katanya.

Panel itu juga menyeru Ketua Setiausaha mengemukakan cadangan penambahbaikan untuk mengelakkan kelemahan itu daripada berulang.

Panel juga menyeru kerajaan-kerajaan negeri dan syarikat-syarikat kerajaan mengambil tindakan segera untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

“Kami juga menyokong cadangan Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan lebih kerap seperti tiga kali setahun bagi membolehkan pemantauan dan pengawasan yang lebih berkesan dan langkah-langkah pemulihan yang lebih cepat untuk menangani kelemahan ini,” kata Johan.

Panel menyokong apa sahaja langkah yang perlu diambil untuk penambahbaikan dalam perkhidmatan awam.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN