Jubah Arab Kini Makin Diminati Rakyat Malaysia

jubah-arab

“Thawb” atau jubah, sejenis pakaian yang dipakai oleh orang Arab, kini semakin diminati ramai lelaki Islam di Malaysia, lebih-lebih lagi untuk ke majlis yang ada kaitannya dengan agama.

Sesetengah pula berpendapat bahawa pakaian ini, yang labuhnya hingga paras buku lali dan berlengan panjang, adalah pakaian yang sungguh selesa.

Orang Kuwait juga menyebut jubah sebagai ‘dishdasha’, yang biasa dipakai di Iraq dan negara Arab lain yang bersempadan dengan Teluk Parsi.

“Thawb” adalah perkataan Arab merujuk kepada pakaian dan ia adalah pakaian tradisi orang Arab untuk kaum lelaki.

Bagi lelaki Arab, tidak kira pekerjaan atau status sosial, mereka memakai jubah tradisional dan apabila dipakai akan memperlihatkan status kesamarataan. Pakaian ini juga sesuai untuk cuaca panas di tanah Arab. Mereka juga memakai pakaian yang dijahit kemas ini untuk ke tempat bekerja dan apabila menghadiri majlis atau keraian.

JUBAH DI MALAYSIA

Melihat kepada peredaran fesyen Islam di Malaysia, Amir Kader (pereka fesyen pakaian yang menetap di Kuwait sejak 10 tahun lepas), merancang untuk membawa balik rekaan baru dan menarik jubah untuk lelaki di Malaysia.

“Saya akan membawa balik jenama saya sendiri – Abiyatt; yang bermaksud ‘warna putih’ seawal-awalnya 2014 untuk dipakai dan dipandang menarik oleh si pemakai di Malaysia. Ini adalah usaha saya untuk memperkenalkan fesyen Islam di Malaysia”, katanya.

Amir pula berpendapat bahawa remaja kini lebih cenderung untuk memakai pakaian tradisional dengan reka bentuk baru dan segar.

“Generasi muda sekarang termasuk dari Malaysia memberi lebih perhatian dengan apa yang mereka pakai. Untuk kelihatan kemas sememangnya menjadi ikutan. Ini turut merujuk kepada jubah.

“Di Abiyatt, kami mempunyai rekaan fesyen yang bergaya untuk dipilih oleh golongan remaja dan saya yakin remaja Malaysia akan mendapati ia sesuatu yang boleh dipertimbangkan”, Amir memberitahu.

PELBAGAI WARNA JUBAH

Amir, yang bangga menjadi rakyat Malaysia pertama mereka fesyen jubah moden, mendapati kebanyakan lelaki Malaysia menyukai versi warna-warni untuk pakaian Arab ini berbanding warna asal, putih.

Menurut seorang tukang jahit jubah tempatan, Abdul Jalil, yang berasal dari Yemen, warna tradisi untuk jubah sebenarnya ialah putih.

“Bagaimanapun, jubah datang dalam pelbagai warna. Pada bulan-bulan panas, kebiasaannya seseorang itu akan memakai jubah berwarna putih atau kekuningan. Pada bulan-bulan sejuk dan di beberapa bahagian Teluk yang cuacanya sejuk, kaum lelaki akan memakai jubah berwarna gelap termasuk hitam, coklat, kelabu atau biru.

“Jubah, yang berwarna kekuningan atau kuning tanah juga diminati dan si pemakai akan kelihatan lebih menarik”, jelas warga Yemen itu.

Bagi mereka yang memakai jubah juga akan memakai pakaian dalam seperti seluar pendek atau panjang untuk menutup bahagian bawah badan dan kemeja-t dari kain kapas berwarna putih dan tidak berlengan atau berlengan pendek untuk menutupi bahagian atas badan.

Kebiasaannya jubah di sana diperbuat daripada 100 peratus kain kapas, polister atau linen.

JUBAH YANG BERKETRAMPILAN

Amir, yang berkelulusan ijazah dalam pemasaran dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah sedekad mempelajari mengenai pakaian Arab dan fungsinya.

Dengan pengetahuan asas mengenai rekaan fesyen jubah, Amir cuba menambah sentuhan kontemporari untuk menghasilkan rekaan yang sesuai dengan fesyen kontemporari.

“Apa juga budaya asing yang cuba kita terapkan, perkara penting yang perlu dikekalkan tanpa kompromi ialah keasliannya”, kata pereka fesyen itu yang mendapat latihan awal di London.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

10 jenis pisang terbaik di dunia: “Pisang Mas” Malaysia menjadi juara!

Peranan penting Magnesium dalam pengurusan dan pencegahan diabetes

Mitos tentang pulut

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN