Umat Islam akan berpecah jika Syiah tidak dibanteras

tolak-syiah

Penularan fahaman Syiah di Malaysia semakin membimbangkan malah akan menjadi virus perpecahan umat Islam khususnya Melayu, yang kini sudah pun berpecah ekoran perbezaan ideologi politik.

Syiah, difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada muzakarah khas pada 1996, perlu ditangani secara agresif oleh pihak berkuasa dan Majlis Agama Islam kerana ia jelas memesongkan akidah sekali gus menjejaskan perpaduan dan kerukunan di kalangan umat Islam negara ini yang berpegang pada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Lihat sahaja keadaan di beberapa negara Arab, di mana perpecahan berlaku dengan amat dahsyat di antara kumpulan Syiah dengan Sunni, iaitu mereka yang berpegang pada Ahli Sunnah Wal Jamaah akibat pertelingkahan yang jelas tidak menguntungkan umat Islam.

Perpecahan sebegini boleh berlaku di mana-mana negara jika ia tidak dibendung. Dewasa ini penularan ajaran Syiah berkembang cepat didorong oleh kepesatan perkembangan teknologi maklumat selain penerbitan buku mempromosikan Syiah dijual di pasaran terbuka tanpa kawalan dan pemantauan di samping kekuatan pengaruh pemimpin politik yang mengamalkan ajaran Syiah.

Persoalannya, meskipun fahaman dalam ajaran Syiah difatwakan sebagai haram, mengapa masih ada segelintir umat Islam di negara ini mudah terpengaruh dengan ajaran yang jelas bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Menjelaskan perkara itu, penceramah bebas Dzulkarnain Hamzah berkata, kekurangan fahaman mengenai Syiah selain penyebaran hadis palsu adalah antara punca mengapa masih ada segelintir umat Islam terpengaruh.

Katanya, penularan ajaran Syiah di negara ini berlaku berikutan kegagalan pihak berkaitan memberi kefahaman tentang bahayanya Syiah kepada masyarakat selain kelemahan dalam proses mengawal kemasukan hadis palsu ke Malaysia.

“Selain itu, dalam soal pemakaian pula, orang Syiah nampak lebih kemas penampilannya berbanding orang lain dan ini juga antara faktor yang mendorong masyarakat termasuk golongan profesional mengikuti ajaran Syiah selain daripada strategi menggunakan tokoh besar,” katanya.

Dzulkarnain, yang pernah menjadi pengacara Imam Muda musim kedua (IM2) terbitan Astro, berkata Syiah wujud disebabkan pengaruh politik dan bukannya agama.

Beliau mengakui kehadiran fahaman itu ke negara ini akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam, seperti mana yang berlaku di beberapa negara Arab.

Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa Gerakan Syiah Malaysia dipercayai akan menggunakan dana sebesar RM24 juta untuk membina sebuah kompleks di Wilayah Satun, Thailand sebagai pusat gerakan menyuburkan fahaman itu.

Akhbar juga melaporkan bahawa pemilihan Satun bukan sahaja disebabkan lokasinya yang berdekatan Malaysia, malah tiada halangan daripada kerajaan Thailand.

Tiadakah cara atau kaedah yang boleh diambil untuk membendung Syiah daripada terus berkembang biak lantas bertapak kukuh di negara ini?

Bagi menangani persoalan itu, Dzulkarnain mencadangkan pihak berkuasa bersama-sama masjid di seluruh negara memperbanyakkan siri memberi pemahaman dan didikan kepada masyarakat bagi mengenali hadis sahih dan menolak hadis palsu.

“Syiah perlu dibendung kerana ia membawa pelbagai fahaman dan fatwa ganjil sehingga menimbulkan percanggahan dalam masalah akidah dan pelbagai masalah fekah,” katanya.

Pada 27 Julai lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) dilapor berkata bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mengamalkan fahaman Syiah di negara ini tanpa mengira status atau fahaman politik mereka.

Ahli Majlis Syura Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahaya pula mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan suatu akta baharu untuk mengawal ajaran sesat selain mendefinisikan semula Islam dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Macam yang di Kedah buat, kerajaan negeri wujudkan Enakmen Anti-Syiah, tapi ia menjurus hanya kepada Syiah sahaja dan kalau akta pengawalan ajaran sesat, ia lebih menyeluruh. Selain itu, Islam yang menjadi agama persekutuan juga perlu didefinisikan apakah Islam itu.

“Ini kerana ajaran Syiah pun mengaku dia Islam, Al-Arqam pun mengaku dia Islam, Ayah Pin (ajaran sesat) mengaku dia Islam. Jadi semua mengaku Islam. Saya mencadangkan supaya Islam dalam Perlembagaan Persekutuan didefinisikan sebagai Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jammah Ini bermakna, selain Ahli Sunnah Wal Jamaah, ia dianggap sesat,” katanya.

Beliau turut mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya bagi menganalisis sebarang bentuk fahaman yang mampu memecahbelahkan umat Islam serta memberi panduan kepada kerajaan untuk bertindak.

Adakah menolak fahaman Syiah yang jelas memesongkan akidah ini satu jihad?

Mengulas persoalan itu, pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) itu berkata ia sebagai jihad kecil kerana berusaha mempertahankan agama Allah.

Dalam pada itu, Fathul Bari turut menyeru pemimpin Islam parti politik supaya bersatu bersama-sama kerajaan membendung penularan fahaman Syiah di negara ini.

“Ini bukan isu politik, ini adalah isu bersama seluruh umat Islam. Jangan hanya pentingkan politik sahaja. Kita semua tidak kira Umno ke PAS ke atau lain, kena bersatu untuk membanteras Syiah,” katanya.

Difahamkan fahaman Syiah yang ada di Malaysia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra), Syiah Ismailiyah Agha Khan dan Syiah Ja’fariyah.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â