5 penjenayah maut berbalas tembak dengan polis di Pulau Pinang

Anggota polis mengeluarkan salah satu daripada lima mayat penjenayah yang ditembak mati di sebuah unit pangsapuri di Sungai Nibong

PULAU PINANG – Lima lelaki yang disyaki ahli kongsi gelap 04 dan terbabit dengan beberapa kes bunuh dan tembak di negeri ini, maut apabila berbalas tembakan dengan polis di dalam sebuah pangsapuri di Century Bay, Jalan Pantai Jerejak, Sungai Nibong, pagi tadi.

Kejadian berlaku jam 4.45 pagi apabila sepasukan pegawai dan anggota polis bertindak melakukan serbuan di rumah berkenaan hasil intipan dan maklumat awam yang diterima.

________

Penjenayah ditembak mati terbabit jenayah senjata api

GEORGETOWN – Polis percaya berjaya menyelesaikan 10 kes bunuh di negara ini dengan tumpasnya lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pihak berkuasa di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong di sini, pagi tadi.

Polis juga mengesahkan lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Sungai Nibong di sini awal pagi tadi terbabit dalam beberapa jenayah senjata api.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka yang mati dikenali sebagai J.Gobinath, 31, R.Ramesh, 27, A.Vinut, 23, M.Suresh, 25, dan M.Gobinath, 21.

Polis juga menemui tiga pucuk pistol yang digunakan oleh penjenayah terbabit iaitu jenis Noricho berwarna perak, Revolver .38 berwarna perak dan Walther PPK berwarna hitam.

Kesemua mereka mempunyai alamat terakhir di negeri ini.

Beliau berkata, para penjenayah terbabit dapat ditumpaskan hasil maklumat awam dan risikan apabila sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Khas (D9) Pulau Pinang dengan bantuan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta D9 Kedah menyerbu sebuah apartmen sewaan di Century Bay di Sungai Nibong pada pukul 4.30 pagi.

Menceritakan detik serbuan itu, Abdul Rahim berkata pasukan polis telah mengetuk pintu sebuah unit di apartmen itu dan memperkenalkan diri, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan dari penghuninya menyebabkan polis terpaksa memecah pintu sebelum memasuki unit berkenaan.

“Sejurus menyerbu masuk, penghuni di dalam rumah itu terus melepaskan tembakan bertalu-talu dan berlaku kejadian berbalas tembakan antara mereka dengan polis.

“Setelah selesai berbalas tembakan dan tiada lagi berlaku ancaman, polis membuat pemeriksaan di dalam apartmen tiga bilik itu dan menemui lima lelaki mati di dalam bilik-bilik berasingan,” katanya.

Polis masih menjalankan pemeriksaan di dalam apartmen berkenaan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â