Kisah Tukang Jahit Dalam Iklan Raya Petronas Tahun Ini

Kisah Tukang Jahit

SABAK BERNAM: Kisah kehidupan tukang jahit veteran yang gigih bekerja demi mengumpul wang untuk pengajian anaknya, menjadi pilihan sebagai cerita latar dalam iklan Hari Raya Petronas tahun ini.

Iklan berdurasi 8 minit 45 saat mengisahkan bagaimana seorang ibu yang bekerja sebagai tukang jahit menerima tempahan baju sempena sambutan Hari Raya, bersengkang mata demi mengumpul duit dan dalam masa yang sama tidak mahu menghampakan pelanggannya.

Dengan tema ‘Kudrat Membawa Berkat’, Petronas turut menyelit elemen perpaduan menerusi paparan semangat kejiranan muhibah antara Makcik Aishah (tukang jahit) dan seorang tauke kedai berbangsa Cina yang membantunya dan menasihati supaya menjaga kesihatan.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas Datuk Mohammad Medan Abdullah berharap iklan Hari Raya itu menjadi inspirasi kepada penonton supaya berusaha gigih untuk berjaya.

Iklan arahan Quek Shio Chuan dan dibantu kira-kira 40 krew produksi menjadikan Behrang Station di Perak sebagai lokasi penggambaran selama tiga hari.

Quek berkata tukang jahit dipilih sebagai watak utama dalam iklan kali ini kerana mereka merupakan orang paling penting dan sibuk menjelang sambutan Hari Raya.

“Tukang jahit sangat penting dan menjadi tumpuan setiap kali Hari Raya, jadi kita tonjolkan tukang jahit kali ini dan hubungan ibu dan anak yang sentiasa berusaha untuk berjaya.

“Behrang Station pula dipilih kerana lokasi itu mempunyai banyak kedai jahit terutama yang tradisional dan klasik,” katanya yang ditemui Bernama pada majlis pelancaran iklan itu di Kampung Dato Hormat di sini sempena program Sentuhan Kasih Ramadan Petronas 2013.

‘Jahit’ ditayangkan mulai malam Jumaat dengan versi televisyen dipendekkan kepada satu minit.

Iklan Hari Raya Petronas sentiasa menjadi perhatian dan ditunggu-tunggu setiap tahun oleh masyarakat Islam kerana sering membawa mesej yang menyentuh perasaan.

Antara iklan Hari Raya Petronas yang pernah diarahkan allahyarham Yasmin Ahmad ialah Janda Anak Tujuh, Ombak Jahat, Burung Apa dan Aku Ingin Pulang yang sarat dengan kisah mengenai kekeluargaan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

清真寺兴都庙不分宗教庇护气爆灾民 霹苏丹:高尚德行可成楷模

Masjid dan kuil Hindu beri perlindungan kepada mangsa letupan tanpa mengira agama, akhlak mulia patut dicontohi – Sultan Perak

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN