Trend Bunuh Guna Senjata Api, Jangan Cepat “Immune”

senjata-api

Satu ketika dahulu, kes tetak dengan menggunakan senjata tajam seperti parang agak kerap berlaku dan hangat diperkatakan berikutan trend kejadian yang meningkat ketika itu.

Dalam seminggu ada sahaja kes tetak berlaku hingga menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat. Hari ini kes tetak dilihat biasa sahaja seperti juga kes curi motosikal, samun dan seumpama.

Ia sudah tidak ada “magnet” yang menarik masyarakat untuk mengetahuinya seperti pada awal kemunculan trend itu dahulu.

Kini, masyarakat memperkatakan kes bunuh menggunakan senjata api yang semakin berleluasa hingga orang ramai tidak senang duduk dibuatnya.

Jika sebelum ini kes tersebut jarang berlaku, iaitu sekitar satu atau dua peratus sahaja, namun dengan peningkatan kes yang mendadak sejak akhir-akhir ini terutama melibatkan mereka yang berprofil tinggi menyebabkan ia dipandang cukup serius oleh semua pihak.

PERUBAHAN TREND

Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan peningkatan mendadak kes-kes jenayah berat terutama kes pembunuhan dilakukan oleh bekas tahanan penjara Simpang Renggam yang dibebaskan daripada tahanan Ordinan Darurat berikutan pemansuhan undang-undang itu ada kebenarannya.

Kesan itu dapat dilihat hari ini yang menjadikan kes pembunuhan menggunakan senjata api sebagai satu trend jenayah.

Yang diupah hanya melaksanakan tugas, namun yang memberi arahan tersebut juga pastinya mempunyai alasan dan sebab kenapa tindakan itu diambil.

Perasaan dendam, marah, tidak berpuas hati antara punca peningkatan kes pembunuhan yang berlaku, menurut Perunding Keselamatan Peribadi dan Anggota Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Master Saiful Hamiruzzaman.

Kini terlalu mudah untuk melakukannya, jika tidak puas hati upah sahaja pihak lain untuk membunuh. Melihat kepada corak pembunuhan yang dilakukan, sasaran hanya kepada musuh yang dikehendaki,” katanya.

Keadaan ini berbeza dengan kes samun bersenjata api yang mana, jika tidak dapat apa yang diinginkan mereka boleh bertindak kepada orang lain yang berdekatan.

Namun bagi masyarakat biasa, belum sampai ke satu tahap serius untuk menekan “button” kecemasan, kerana trend yang dilihat kini lebih terarah kepada sasaran mereka yang berprofil tinggi.

Sebagai contoh kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim pada 26 April lepas, Pengerusi MyWatch R.Sri Sanjeevan yang cedera parah ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol Negeri Sembilan dan yang terbaru pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi disebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di sini.

Namun bukan bermakna masyarakat biasa boleh merasa lega kerana ia juga mungkin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

“Pembunuhan begini juga boleh terjadi disebabkan perkara yang kecil. Contoh di jalan raya, bergesel dengan sebuah kereta hingga berlaku pergaduhan mulut dengan menghamburkan kata-kata yang kurang sesuai.

“Satu pihak tidak berpuas hati, berdendam ambil nombor kereta dan cam muka, kemudian mengupah pihak lain untuk melakukan sesuatu yang tidak elok termasuk bunuh. Ini mungkin boleh berlaku dan tidak mustahil berlaku,” katanya.

CORAK PEMBUNUHAN

Keadaan ini dilihat terarah kepada satu fenomena yang mana tembakan menjadi sesuatu yang biasa kepada masyarakat.

Jika hari ini kita melihat kes tetak dianggap biasa sedangkan ia pernah menjadi fenomena yang menakutkan satu masa dahulu, tidak mustahil setahun dua nanti kes bunuh menggunakan senjata api yang hangat diperkatakan sekarang juga akan menjadi satu perkara biasa dalam masyarakat, katanya.

Melihat kepada corak pembunuhan yang dilakukan, kebanyakan kes yang berlaku bukan dilakukan oleh pembunuh yang profesional.

Mengguna corak yang sama, iaitu penjenayah menaiki motosikal dengan menggunakan topi keledar hitam penuh untuk mengikuti sasaran. Apabila tiba di persimpangan lampu isyarat, tembakan dilepaskan.

Tembakan yang dilepaskan itu pula kebanyakannya melebihi daripada satu das tembakan.

“Ini menampakkan mereka yang terlibat bukan benar-benar terlatih sebagai penembak tepat. Ada yang melepaskan tembakan secara rambang seperti yang berlaku di Ipoh kepada tiga mangsa yang sedang minum di luar sebuah restoran dan menyebabkan seorang maut dan dua lagi cedera.

“Kemungkinan orang lain yang bukan sasaran untuk menjadi mangsa itu tetap ada dan itu yang membimbangkan,” katanya.

ELAK MENJADI MANGSA

Memang tidak ada apa yang boleh dilakukan apabila didatangi oleh orang yang tidak dikenali yang secara tiba-tiba melepaskan tembakan. Hanya dua kemungkinan sahaja yang boleh berlaku sama ada cedera atau mati.

Namun sekiranya individu itu merasa mempunyai musuh, langkah berjaga-jaga harus diambil bagi mengelakkan menjadi mangsa antaranya mengelakkan dari mengunjungi tempat-tempat yang berisiko tinggi seperti pusat hiburan dan seumpama.

Apabila didekati oleh orang yang tidak dikenali, usah ambil peduli dan jangan memberi pandangan yang membolehkan orang tersebut membuat pengecaman wajah kita.

Selain sentiasa beringat dan mengikut gerak hati, elakkan daripada berada berdekatan dengan motosikal yang dinaiki oleh penunggang dan pembonceng yang memakai topi keledar bercermin penuh gelap.

“Cuba praktikkan jarak sepertimana undang-undang jalan raya yang mana jarak 12 saat yang diambil ketika hendak memotong kenderaan lain,” katanya.

Selain itu, sekiranya berada di persimpangan lampu isyarat dan merasa diri diekori, bertindaklah dengan mengambil arah ke kiri daripada mengambil jalan terus.

Ini akan mengurangkan risiko kemalangan apabila melarikan diri daripada pihak yang mencurigakan.

Sekiranya sedang berjalan dan didatangi pihak yang mencurigakan, jarakkan empat kaki dan pusing ke belakang dengan berlari secara zig zag.

“Jika penjenayah melepaskan tempakan ketika kita lari, tidak dapat memberi fokus kerana kita tidak lari lurus dan ini akan dapat mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa,” katanya.

RAKYAT JANGAN SELESA

Sikap rakyat Malaysia yang terlalu mudah ‘immune” dengan satu-satu perkara menyebabkan tahap kesedaran masyarakat terhadap satu-satu kes itu tidak berpanjangan dan hanya bermusim.

Apabila pihak polis berjaya mengekang satu-satu jenayah, rakyat akan mula rasa selesa dan melupakannya terutama penguatkuasaan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat di sekeliling mereka.

Master Saiful berkata sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan satu subjek khusus pendidikan pencegahan jenayah bermula di peringkat sekolah rendah bagi mendidik pelajar dari awal tentang pencegahan jenayah bagi mengelakkan mereka daripada terlibat dalam jenayah, menjadi mangsa jenayah dan langkah-langkah menangani jenayah.

“Walaupun tidak boleh menghapuskan jenayah, namun dengan adanya generasi yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap jenayah akan menjadikan negara ini lebih baik untuk mengekangnya,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â