Kuala Besut Kekal Biru, Petanda Baik Untuk BN Dan Umno

PRK-Kuala-Besut-SK-Kampung-Nail

KUALA BESUT  — Keputusan pengundi mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut milik Barisan Nasional (BN) adalah satu petanda sokongan padu rakyat terhadap kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kemenangan BN itu juga adalah hadiah harijadi Perdana Menteri yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-60 pada Selasa.

Menepati ramalan bahawa Kuala Besut merupakan kubu kuat BN, natijah kemenangan ini memperkukuhkan kedudukan Umno, sebagai parti terbesar kaum Melayu terus mendapat sokongan orang Melayu.

Pilihan raya kecil yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar dari BN menyaksikan pertembungan matang dua parti Melayu, sekali gus menyuburkan proses demokrasi di negara ini.

Kemenangan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera awam dengan majoriti 2,592 undi, menewaskan pencabarnya dari PAS, Endot @ Azlan Yusof, 48, seorang ahli perniagaan, mengekalkan status quo DUN.

Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN, dengan BN memegang 17 kerusi manakala pakatan pembangkang 15, iaitu 14 PAS, satu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar menang dengan majoriti 2,434 mengalahkan calon PAS Napisah Ismail.

Menurut pemerhati politik, keputusan ini memberi isyarat bahawa rakyat mahu mengekalkan kestabilan pentadbiran dan pembangunan Terengganu.

Keputusan itu sekali gus meredakan gelora politik serta menunjukkan kematangan pengundi yang memahami senario politik semasa dan kesannya kepada mereka, jika BN tewas dan kedudukan kerusi antara BN dan pakatan pembangkang seimbang 16-16.

Ia turut menamatkan debaran serta perhatian banyak pihak khususnya pemerhati politik yang tertumpu ke Kuala Besut kerana impak ‘pilihan raya kecil yang besar’ ini sebenarnya membawa makna dan kesan besar bagi kedua-dua parti bertanding dalam mencorak landskap politik orang Melayu, negeri dan negara.

Penganalisis politik Che Hamdan Che Mohd Razali berkata agenda politik pembangunan dan komitmen kerajaan untuk membawa pemodenan di kawasan luar bandar mengekalkan sokongan pengundi terhadap BN.

Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun itu berkata trend pengundian di kawasan luar bandar juga tidak berubah dengan keyakinan tinggi pengundi kepada BN.

“Meskipun daripada segi populariti calon, Che Long (calon PAS) lebih menonjol di kalangan penduduk tempatan tetapi kesepaduan jentera BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Idris Jusoh, seorang pemimpin tempatan yang dikenali, membawa kelebihan dan berjaya mengangkat Tengku Zaihan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kuala Besut mempunyai 22,986 penduduk pada keluasan 41 kilometer persegi dengan kebanyakan terdiri daripada golongan nelayan.

Kemenangan BN membawa kepada agenda pembangunan lebih besar kepada penduduk khususnya projek mendalamkan muara Sungai Besut yang turut melibatkan pembinaan benteng pemecah ombak masing-masing sepanjang satu kilometer di kiri dan kanan, akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi Kuala Besut.

Projek Gerbang Pelancongan Antarabangsa yang dicadangkan akan membolehkan rakyat di perkampungan nelayan ini bakal mendapat limpahan pembangunan dan peluang meningkatkan taraf sosio ekonomi.

Strategi politik pembangunan BN, kata Che Hamdan berjaya meyakinkan pengundi bahawa agenda pembangunan hanya dapat dilaksanakan apabila pentadbiran kerajaan stabil.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar menyaksikan seramai 14,108 pengundi iaitu kira-kira 80 peratus keluar mengundi berbanding 86.7 peratus pada PRU13.

Mengulas hal ini, pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata peratusan mengundi yang agak tinggi itu memperlihatkan bahawa penduduk perkampungan nelayan ini mempunyai kesedaran politik yang tinggi.

“Ini memperlihatkan kesungguhan pengundi bahawa walaupun dalam bulan Ramadan dan pengundian dilakukan pada hari bekerja, wujud kesedaran pengundi terhadap tanggungjawab dan kepentingan pilihan raya dalam amalan demokrasi,” katanya.

Ada pemerhati politik merumuskan bahawa rakyat Malaysia sedar hanya menerusi peti undi, amalan demokrasi berparlimen di negara ini yang dapat mengubah dan menzahirkan manifestasi demokrasi acuan Malaysia.

Kemenangan BN pastinya membawa makna besar kepada Umno.

Dalam hal ini, Shamrahayu berkata pertambahan majoriti yang diperoleh calon BN itu menunjukkan sokongan positif terhadap parti tunjang BN dan Umno sebagai parti Melayu perlu terus memperkasakan kedudukannya.

“Pengundi Kuala Besut melihat Umno, yang mewakili BN, bekerja keras dalam pilihan raya kecil ini. Secara umum, PAS tidak mempunyai kekuatan dan tiada isu mantap yang dibawa ke hadapan khalayak untuk diperdebatkan,” katanya.

Penerimaan Tengku Zaihan membuktikan cubaan BN menampilkan calon anak muda tempatan yang dapat menyelami masalah kehidupan yang dihadapi di perkampungan nelayan dan seorang profesional memenuhi aspirasi rakyat.

Umno tentunya boleh berbangga dengan kemenangan Tengku Zaihan kerana ia adalah manifestasi usaha parti itu meremajakan parti dan melakukan transformasi politik, adalah satu realiti.

Menampilkan orang muda sebagai calon turut menyumbang kepada kemenangan BN kerana demografi pengundi DUN Kuala Besut, 55 peratus adalah pengundi muda berusia 21 hingga 39 tahun.

Sesuai dengan slogan BN, “Kuala Besut Bertambah Biru” dan gelombang biru, yang melanda Kuala Besut adalah badai kemajuan yang bakal mengubah nasib dan peluang penduduk ke tahap yang lebih baik.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023