Penjawat Awam Antara 41 Ditahan Dalam Serbuan Cegah Maksiat Di Brickfields

khalwat-brickfields

Sejumlah 41 individu termasuk seorang yang dipercayai penjawat awam berusia 33 tahun, ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan serentak oleh pihak berkuasa ke atas dua hotel bajet di Brickfields pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, operasi dua jam melibatkan 20 pegawai Imigresen dan lapan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mulai 10 pagi itu, turut menahan 38 pendatang asing dan dua lagi rakyat tempatan.

Beliau berkata, penjawat awam itu yang ditahan bersama pasangannya, seorangwarganegara asing, telah diserahkan kepada pihak JAWI untuk tindakan lanjut.

“Daripada soal siasat, kami percaya lelaki ini bekerja di bahagian sokongan sebuah jabatan kerajaan dan telah menginap di hotel ini sejak semalam (Sabtu). Dia memberitahu sudah berkahwin dengan pasangannya namun tidak dapat menunjukkansebarang bukti,” kata James kepada pemberita selepas serbuan itu di sini.

Turut ditahan dua penjaga premis warga tempatan, masing-masing berusia 25 dan 58 tahun kerana bertindak melindungi dan membenarkan warga asing terdiri daripada 31 wanita dan tujuh lelaki itu tinggal di dua hotel berkenaan.

“Kesemua warga asing yang ditahan berusia antara 18 dan 57 tahun itu juga dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran dan modus operandi yang digunakan ialah mereka menjadikan hotel sebagai transit.

“Apabila ada pelanggan, mereka akan disuruh menunggu di hotel sebelum dibawa ke tempat lain, atau melayan pelanggan di hotel itu sendiri,” kata James sambil memberitahu warga asing yang ditahan itu merangkumi warga Indonesia, Filipina, India, Sri Lanka dan Nepal.

Siasatan awal mendapati mereka menggunakan pas pelawat tamat tempoh atau menyalahgunakan pas kerja.

Kumpulan warga asing dan rakyat tempatan itu ditahan di bawah pelbagai seksyen mengikut Akta Imigresen untuk membantu siasatan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â