‘Perjanjian Najib-Anwar’ Sahkan Anwar Tahu Akan Kalah

Jusuf-Kalla-Anwar

Pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai satu usaha mengadakan perjanjian yang melibatkan Dato’ Seri Najib dengan Anwar Ibrahim benar-benar membuat Anwar gubra. Dalam ‘kegubraan’ itu, Anwar mengakui bahawa beliau ada menawarkan satu perjanjian dengan Dato’ Seri Najib melalai Jusuf Kalla tetapi telah tidak dipersetujui oleh Dato’ Seri Najib.

Setelah tersedar bahawa kenyataannya adalah ‘politically-incorrect’, maka Anwar cuba menjelaskan bahawa penawarannya kepada Dato’ Seri Najib adalah agar BN menerima kekalahan dengan baik dalam PRU-13 dan tidak membuat demonstrasi. Kononnya, beliau sudah tahu yang PR akan menang.

Mana-mana rakyat Malaysia juga tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk mengesan pembohongan Anwar dalam kenyataan tersebut.

Kita cukup maklum bahawa BN bukanlah parti yang terkenal dengan demonstrasi dan BN tidak pernah mempersoalkan kekalahannya di beberapa negeri. Dato’ Seri Najib juga telah terlebih dahulu dikhabarkan oleh berbagai pihak bahawa BN berpotensi untuk menang besar. Namun, biarpun kemenangan BN dalam PRU-13 langsung tidak memuaskan hati, BN tidak pula membantahnya. Malah, BN mengambil sikap menyalahkan diri sendiri dan antara sesama komponen tanpa menuding jari ke serata arah.

Justeru, masuk akallah bila Dato’ Seri Najib enggan berbuat apa-apa perjanjian dengan Anwar. Dan jelaslah juga bahawa Anwarlah yang tersorong-sorong pipi mengajak kepada satu bentuk ‘tawar-menawar’.

Persoalan kini menjurus kepada ‘apa sebenarnya yang Anwar minta dari Dato’ Seri Najib tetapi telah ditolak mentah-mentah itu?’ Tentu sekali bukan agar BN tidak membantah keputusan PRU kerana Dato’ Seri Najib yakin bahawa BN akan menang besar.

Sumber-sumber dalaman memberitahu bahawa Anwar menawarkan janji yang beliau tidak akan berdemonstrasi membantah keputusan PRU-13 jika kerajaan memberi jaminan yang beliau akan dilepaskan dari sebarang tuduhan dalam insiden Lahad Datu.

Jika ini benar, maka tidak hairanlah Dato’ Seri Najib mengabaikan sahaja permintaan Anwar.

Inilah yang membuatkan Anwar semakin hari semakin gubra sehingga tidak sempat menapis kenyataan sendiri, manakala Dato’ Seri Najib pula tenang sahaja. Sudah menjadi kelaziman, orang yang bersalah tidak mungkin akan tenteram kecuali beliau seorang yang kurang waras.

Hari ini, Anwar telah ‘membalas dendam’ dengan meneruskan demonstrasi dan himpunan haram untuk membantah keputusan PRU-13 dan menggulingkan kerajaan Dato’ Seri Najib. Semuanya kerana Dato’ Seri Najib telah tidak mengendahkan tawarannya.

Sangkanya, ‘biar padan muka BN’ kerana terpaksa melayan karenahnya setiap minggu.

Tetapi apa yang dapat dilihat ialah, yang padan muka adalah dirinya sendiri yang kini ditolak oleh rakyat dan terpaksa pula berhadapan dengan kebenaran dalam isu Lahad Datu. Anwar juga tahu bahawa lambat laun, rakyat akan letih berhimpun ke sana ke mari saban minggu.

Pada waktu itu, jangankan padan muka Anwar, tetapi di mana Anwar nak letak muka?

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023