
Selepas kecewa kerana gagal menawan Putrajaya, pemimpin pembangkang terus melancarkan ”road show” di seluruh negara.
Penghinaan dan kata-kata kesat menjadi mainan pembangkang, dalam usaha menyemai kebencian kepada kerajaan Barisan Nasional BN kerana menang Pilihan Raya Umum ke 13.
LIM KIT SIANG / PENASIHAT DAP
“You want syaitan dikenali jadi Perdana Menteri?”.
Persoalan diajukan Kit Siang itu dilontar selepas penasihat DAP berucap panjang lebar dalam bahasa Cina dan diselang-seli dengan sedikit penggunaan Bahasa Melayu.
Ucapan itu dirakamkan ketika Penasihat DAP ini berucap di Program Pasca Pilihan Raya Umum ke-13 Parlimen Ipoh Timur.
Majlis berlangsung di Dewan Chin Woo di Ipoh malam semalam.