Umno kekal jadi tonggak BN

PRU13

Umno kekal tonggak Barisan Nasional (BN) apabila menjadi penyumbang terbesar kerusi Parlimen kepada parti gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Umno menyumbang 88 daripada 133 kerusi yang dimenangi BN. Umno bertanding 120 kerusi pada pilihan raya umum ini.

Angka itu menunjukkan peningkatan bagi Umno berbanding PRU 2008 di mana ia memenangi 79 kerusi Parlimen daripada 117 yang dipertandingkan.

Bagi Dewan Undangan Negeri (Dun), Umno berjaya menguasai 242 kerusi daripada 339 kerusi yang dipertandingkan berbanding 239 daripada 338 kerusi pada 2008.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh majoriti lebih besar iaitu 35,613 apabila mempertahan kerusi Pekan daripada dirampas lawannya, Mohd Fariz Musa dari PKR.

Pada PRU 2008, Najib menewaskan calon PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dengan majoriti undi sebanyak 26,464.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mempertahan kerusi Pagoh selepas mengalahkan lawannya, Mohd Rozali Jamil dari Pas dengan majoriti 12,842 undi.

Pada 2008, Muhyiddin menewaskan Mohd Rozali dengan majoriti 12,581 undi.

Di kerusi panas, Umno hanya menang di Parlimen Arau apabila Datuk Seri Shahidan Kassim menumpaskan Datuk Dr Haron Din dari Pas dengan majoriti 1,371 undi.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya buat kali ketiga berturut-turut apabila menewaskan calon Pas Datuk Husam Musa dengan majoriti 5,541 undi.

Kerusi Dun Sungai Udang di Melaka menyaksikan Datuk Idris Haron menang mudah ke atas calon PKR Asri Buang dengan majoriti 9,136 undi.

Di Kedah, Umno menguasai 19 daripada 28 kerusi Dun yang ditandingi sehingga membolehkan BN mengambil alih pemerintahan negeri itu daripada Pas.

Pada PRU 2008, Umno hanya menang 12 daripada 28 kerusi Dun yang ditandingi di negeri itu.

Umno juga menang 10 daripada 13 kerusi Parlimen yang ditandingi di Kedah.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula menyaksikan penambahan satu kerusi Umno, yang berjaya menawan kembali Titiwangsa dan mengekalkan kuasanya di Setiawangsa.

Ternyata Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah masih menjadi kubu kuat Umno apabila hampir menguasai kesemua kerusi Parlimen dan Dun yang dipertanding.

Meskipun Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor gagal dikembalikan kepada BN, prestasi Umno di negeri berkenaan agak memberangsangkan kecuali Selangor yang menyaksikan parti itu hanya menang empat kerusi Parlimen, sama seperti pada 2008, dan menang 12 kerusi Dun berbanding 20 pada PRU12.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023