Dakwaan Anwar Terhadap SPR Sebagai Tohmahan Politik – Penganalisis Politik

Anwar Ibrahim-berang-lgbt

Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa wujudnya penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) serta mendesak penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat sebagai tohmahan yang bersifatkan politik.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata tohmahan Anwar itu adalah tidak berasas dan tidak wajar kerana isu ini mempersoalkan kredibiliti SPR yang sebelum ini telah melakukan pelbagai langkah bagi membuktikan ketelusan dalam proses pemilihan.

“Satu bukti yang kukuh kita ada sekarang adalah dengan kehadiran pemerhati antarabangsa, bukankah itu menunjukkan ketelusan SPR? Apa lagi yang perlu dipersoalkan,” katanya.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata banyak lagi penambahbaikkan dilakukan dari awal lagi sehingga penggunaan dakwat kekal.

“Kawasan yang dia menang tidak dijadikan isu, sebaliknya mengeluarkan rasa tidak puas hati apabila secara keseluruhannya keputusan keluar,” katanya.

Rakan sefakulti, Prof Dr Samsudin Abd. Rahim berkata sebenarnya Anwar terlalu yakin bahawa keputusan PRU kali ini akan memihak kepada pakatan rakyat, “sebab itu dia terlalu kecewa,” apabila keputusan tidak menyebelahinya.

“Kalau tidak dapat terima keputusan pusat, jangan terima keputusan negeri terutamanya negeri-negeri yang dimenangi seperti Selangor dan Kelantan,” katanya.

Samsul berkata sebagai seseorang ahli politik, Anwar perlu menerima kekurangan dan kelebihan apabila berlakunya pilihan raya umum.

Sementara itu, mengulas keputusan PRU13, Pengarah Kriminologi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr P. Sundramoorthy berkata rakyat Malaysia telah bergerak ke arah kematangan politik dan demokrasi yang progresif.

Beliau berkata bilangan terbesar pengundi keluar mengundi pada PRU-13 Ahad, dengan 84.84 peratus untuk kerusi Parlimen telah mencerminkan hal ehwal politik negara diambil berat berbanding pilihan raya sebelum ini.

Katanya rakyat mengamalkan proses demokrasi secara bertanggungjawab untuk melakukan perubahan melalui undi dan tidak secara demonstrasi atau perhimpunan.

Justeru, keputusan dibuat menerusi undi menunjukkan rakyat memilih saluran yang betul dalam proses demokrasi negara.

Sundramoorthy juga berkata polis telah menjalankan tugas secara cekap, profesional dan berkecuali pada PRU-13 dengan menjamin tahap keselamatan kepada semua pihak dari mula tempoh berkempen sehingga hari pengundian pada Ahad.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Sarjit Singh berkata penambahan kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat boleh dilihat sebagai salah satu contoh negara bergerak ke arah demokrasi yang progresif.

“Rakyat menyedari senario politik…ia adalah peningkatan yang sangat baik kerana meraka sanggup mengambil bahagian. Ini menunjukkan petanda ketara yang rakyat bimbang tentang masa depan negara,” kata penganalisis politik itu.

Beliau berkata keputusan PRU-13 jelas menyatakan BN dan Pakatan Rakyat mempunyai kekuatan masing-masing untuk mendekati rakyat khusus di luar bandar.

“Bagaimanapun, BN menawan semula Kedah kerana saya berpendapat kepimpinan PAS tidak cukup kuat di sana,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023