Manifesto Bukan Janji PR Bagi 30 Hari Pertama

poster-janji-rm100-selangor-born

Bukan kita tidak tahu bahawa setelah sepenggal memerintah, hampir kesemua janji-janji yang ditaburkan PR dalam PRU dahulu masih belum dilaksanakan. Janji untuk memberi bantuan kewangan kepada ibu tunggal, surirumah dan sebagainya hanya tinggal janji. Manakala janji untuk menurunkan cukai pintu pula tidak berlaku tetapi alih-alih diperkenalkan pula cukai pembangunan 30%.

Hasilnya, PR mampu menunjukkan laporan kewangan yang memuaskan tetapi kesannya terhadap rakyat amatlah membebankan apabila harga rumah melambung berpuluh kali ganda.

Inilah cara PR berjanji iaitu menjanjikan sesuatu tanpa memberitahu akan kesan atau akibatnya.

Sedangkan hukum ekonomi itu adalah berangkai. Jika satu kos dihapuskan, ia sebenarnya tidak terhapus tetapi diubah tempatnya saja. Misalnya, jika sebuah kedai memberi satu barang percuma, maka taukeh kedai tetap perlu menanggung kos barangan tersebut. Oleh itu, bagi menampungnya beliau mungkin akan menyerapkan kos itu ke dalam barangan lain atau ke dalam kos penghantaran dan sebagainya. Akibatnya, harga barangan lain menjadi lebih tinggi.

Dalam Manifesto kali ini, PR berjanji akan menurunkan harga minyak serta-merta iaitu pada 7 Mei selepas menang PRU-13. Seterusnya, sebelum 30 hari memerintah, PR akan menghapuskan PTPTN dan memulakan penghapusan tol secara berperingkat.

Hakikatnya, penghapusan PTPTN akan menyebabkan kerajaan perlu menanggung hutang institusi kewangan sebanyak RM26.9 bilion dan kos dana sebanyak RM10.8 bilion. Bayaran balik yang telah diterima sehingga 31 Jan lepas sebanyak RM3.8 bilion pula perlu dikembalikan semula kepada peminjam yang telah membuat bayaran balik.

Apakah penyokong PR ada bertanya bagaimana pemimpin mereka akan menanggung semua kos ini? Apakah cukai pendapatan akan dinaikkan?

Kos bagi pengambilalihan kesemua 19 syarikat konsesi lebuhraya pula, akan menelan belanja antara RM50 – RM100 billion. Jika kerajaan membeli kosensi ini bermakna RM 100 bilion akan lebur begitu sahaja. Ini bermakna separuh bajet negara akan dihabiskan untuk dibayar kepada syarikat swasta dan kerajaan tidak mampu memberi bonus, membuat infrastruktur baru dan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang baik. Dalam kata lain, kos menghapuskan tol sahaja adalah bersamaan dengan hampir dua pertiga dari jumlah keseluruhan pendapatan Kerajaan Persekutuan.

Kos ini belum termasuk kos operasi dan penyelenggaraan lebuhraya terbabit. Berdasarkan kos tahunan yang ditanggung oleh syarikat PLUS ketika ini, kos penyelenggaraan rutin- RM235 juta, kos pentadbiran-RM349 juta, melangsaikan hutang-RM410 juta. Secara kasarnya, kos operasi dan pengurusan lebuhraya akan menelan sekurang-kurangya RM2 billion setahun.

Adakah penyokong PR pernah bertanya dari mana hendak dicari wang untuk menampung semua ini? Bagaimana pula dengan pekerja-pekerja berkaitan kutipan tol? Di mana nak diserapkan mereka sedangkan DAP telah berjanji akan mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan?

Kesemua kos ini perlu ditanggung oleh kerajaan PR dan di mana mereka akan dapat menjana wang sebanyak itu dalam masa yang singkat dan berterusan?

Lebih menarik lagi ialah PR menjanjikan semua ini dalam 30 hari. Maka,nampaknya Malaysia mungkin akan bangkrap dalam 30 hari sahaja.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023