PRN Sarawak – Dominique Ng keluar PKR, tanding bebas

Penyandang kerusi DUN Padungan, Dominique Ng – yang tidak disenaraikan sebagai calon PKR untuk pilihan raya Sarawak – hari ini mengumumkan keluar parti, dan bertanding sebagai calon Bebas.

Beliau tidak menyatakan kerusi yang akan ditandinginya tetapi membayangkan mungkin di Padungan atau Batu Lintang.

Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai “pertembungan prinsip”, Ng
(kanan) berkata beliau dipaksa berbuat demikian oleh para pengkhianat dalam PKR.

Katanya, beliau juga telah bosan kerana sentiasa perlu berjaga-jaga sama ada ada orang yang akan menikamnya dari belakang.

“Kerana itulah saya terpaksa meninggalkan PKR,” katanya dalam satu sidang akhbar di pusat perkhidmatannya di Kuching.

Jika Ng memilih bertanding di kerusi lamanya di Padungan, beliau akan berentap dengan calon DAP, Wong King Wei.

Tetapi jika bertanding di Batu Lintang, Ng akan bersemuka dengan bekas rakan dalam PKR, See Chee How.

Apa pun, sebarang pertandingan tiga penjuru akan menambah peluang BN untuk menang, kerana perpecahan undi untuk pembangkang.

Sebelum ini, PKR dan DAP bersetuju bertukar kerusi dengan DAP bertanding di Padungan dan PKR diberi kerusi Batu Lintang.

Dominique bagaimanapun digugurkan dalam senarai calon PKR yang diumumkan semalam.

Parti itu menamakan See sebagai calon PKR di Batu Lintang.

Parti itu akan bertanding di 48 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023