‘Kehilangan’ Dr Wan Azizah Pada Mesyuarat Pakatan Pembangkang Jadi Tanda Tanya #PRU13

wan-azizah-karpalKehilangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika rakan-rakan pakatan pembangkang sedang berbincang menyelesaikan persoalan calon dan agihan kerusi bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), menimbulkan tanda tanya.

Beliau nampaknya memilih berdiam seribu bahasa tentang pencalonan dan kerusi yang bakal ditandinginya, walaupun suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memutuskan beliau tidak bertanding pada PRU13.

Sebagai presiden parti, Dr Wan Azizah seharusnya hadir di setiap mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, namun dalam beberapa siri perbincangan antara parti-parti itu, beliau tidak kelihatan.

Satu kemungkinan yang dilihat oleh penganalisis politik berhubung perkembangan ini ialah Dr Wan Azizah semakin hilang peranannya sebagai presiden parti dan kepercayaan sepenuhnya diberikan Anwar selaku Ketua Umum PKR kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, untuk mengetuai semua mesyuarat dan keputusan parti.

Mereka juga tertanya-tanya sama ada keputusan mengenai calon PKR kali ini ada melibatkan peranan Dr Wan Azizah atau beliau sendiri mungkin tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Sehingga kini anak pasangan itu yang merupakan anggota Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah, masih yakin bahawa ibunya akan bertanding dalam PRU13.

Penganalisis politik melihat kemungkinan Dr Wan Azizah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Bagaimanapun pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu Bernama bahawa Dr Wan Azizah mengalami masalah suara dan demam dalam tempoh seminggu ini.

“Kini beliau sibuk dengan aktiviti walkabout untuk kempen parti,” kata Rafizi kepada pemberita di sini Selasa.

Ditanya mengenai pembabitan Dr Wan Azizah dalam urusan penentuan calon parti, Rafizi berkata: “dia (Dr Wan Azizah) tidak terlibat sangat dan dia ditugaskan untuk kempen raih undi kaum wanita seluruh negara”.

Rafizi berkata presiden PKR itu mungkin akan mengadakan sidang akhbar dalam masa dua tiga hari lagi.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023