SPR Tetapkan 20 April Penamaan Calon, 5 Mei Hari Mengundi #PRU13

pengerusi-spr-tarikh-pru13PUTRAJAYA: Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 Mei,manakala tarikh penamaan calon pada 20 April,Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pada Rabu.

Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.

Tempoh berkempen ialah selama 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan pada Khamis (11 April).

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Abdul Aziz membuat pengumuman itu pada pukul 12.30 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3.

SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lepas.

Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), PAS (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.

Abdul Aziz berkata SPR telah menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 3 April 2013 berhubung pembubaran Dewan Rakyat.

Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 5 Aprildan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakanpilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.

Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.

Abdul Aziz berkata SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan esok dannotis pilihan raya pada Jumaat, 12 April.

Beliau berkata berdasarkan daftar pemilih, terdapat 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal.

Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara).

Abdul Aziz berkata sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya.

Untuk tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 tempat/saluran mengundi.

Bagi pengundian biasa, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi akan disediakan, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat/saluran mengundi.

Empat peraturan baharu akan diperkenal pada pilihan raya kali ini ke arah penambahbaikan proses pengundian iaitu penggunaan dakwat kekal; pengundian awal oleh anggota polis dan tentera menggantikan undi pos; membenarkan orang kurang upaya (OKU) membawa orang dipercayai untuk membantu semasa pengundian, serta pemansuhan proses bantahan dan penarikan balik pencalonan.

Peraturan itu dilaksanakan berikutan pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan) 2012 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 (Pindaan) 2012. Ia diwartakan tahun lepas.

Peraturan dakwat kekal mewajibkan setiap individu yang ingin mengundi untuk dicalit jari telunjuk kiri mereka sebelum diberikan kertas undi. Bagi pengundi yang enggan mematuhi peraturan itu, kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada mereka.

Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia, semua petugas media termasuk wartawan, jurugambar, jurukamera dan juruteknik yang bertugas di luar kawasan berdaftar mereka, juga layak memohon untuk mengundi awal.

Bagi memastikan proses pelaksanaan PRU13 berjalan lancar, SPR meminta semua pihak mematuhi undang-undang dan peraturan serta arahan pihak polis dalam memastikan ketenteraman awam terpelihara sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.

Parti-parti politik, para penyokong parti serta mana-mana individu lain yang terlibat semasa berkempen hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya serta tatasusila berkempen sebagaimana yang ditetapkan SPR, kata Abdul Aziz.

Beliau turut mengingatkan calon dan parti yang bertanding agar tidak terlibat dengan perbuatan rasuah bagi mengelak dikenakan tindakan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dalam membolehkan pekerja menunaikan hak mereka sebagai pengundi, majikan diingat memperuntuk tempoh yang munasabah kepada mereka untuk mengundi.

“Mana-mana majikan yang secara langsung atau tidak langsung enggan membenarkan pekerjanya keluar mengundi, boleh apabila disabitkan, didenda sebanyak RM5,000 atau dipenjara selama setahun sebagaimana yang diperuntuk dibawah subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954,” katanya.

Para majikan juga, katanya, tidak boleh membuat apa-apa potongan daripadagaji atau saraan pemilih, mengenakan atau menuntut daripadanya apa-apa penaltikerana tidak hadir bekerja dalam tempoh itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023