BR1M Akan Dinaikkan Sehingga RM1,200

BRIM 2Pengumuman oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenai kesediaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan insentif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari RM500 kepada RM1,200 untuk keluarga berpendapatan bawah RM3,000 sesungguhnya paling menarik perhatian ramai.

Ia satu berita gembira di luar jangkaan yang amat dialu-alukan, selain itu orang muda yang belum berumah tangga juga mendapat manfaatnya apabila insentif BR1M untuk golongan bujang turut dinaikkan dari RM250 kepada RM600, membuktikan betapa prihatinnya Kerajaan BN.

Di lihat dari respons hadirin yang berada di dalam dan luar Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 April 2013 semasa pelancaran Manifesto BN bertemakan “Menepati Janji Membawa Harapan” itu, ternyata rakyat agak teruja dengan pengumuman tersebut.

Suasana sebegini jika dilihat oleh pemimpin PR tentu sekali mengundang gundah dalam hati, sementelah lagi sejak BR1M diperkenalkan pada 2011 diikuti dengan BR1M 2.0 pada 2012, sudah acap kali PR cuba mempersendakan insentif tersebut.

Pemimpin PR pernah menganggap penerima bantuan BR1M ibarat anak ayam dan lembu yang diumpankan dengan makanan, malah lebih teruk dari itu rakyat yang mendapat manfaat BR1M disamakan seperti penagih candu. Demikian hinanya martabat rakyat di mata pemimpin PR.

Mungkin dari aspek politik, PR merasakan penghinaan sebegini perlu untuk mengurangkan rasa terima kasih rakyat kepada BN, tapi hakikatnya kritikan yang tidak bertamadun sedemikian hanya mengundang amarah khalayak kepada PR.

Insentif BR1M bernilai RM1,200 dan RM600 ini mungkin dilihat kecil amaunnya oleh sesetengah pihak khususnya dari kalangan pemimpin dan penyokong PR, namun bagi rakyat yang menerimanya ia adalah satu pemberian penuh bermakna yang amat bermanfaat untuk mereka.

Sebab itu ramai hadirin yang mengikuti majlis pelancaran Manifesto BN itu secara spontan menadah tangan tanda kesyukuran malah ramai juga yang melonjak kegembiraan melaungkan ucapan terima kasih kepada PM sambil menyatakan sokongan padu kepada BN.

Senario ini tidak wujud semasa pelancaran manifesto PR pada 25 Februari 2013 yang lalu di SACC Shah Alam yang serba suram dan hambar, kerana janji yang ditaburi lebih banyak menimbulkan keraguan dan kesangsian ramai.

Berbeza sekali suasananya semasa pelancaran Manifesto BN yang mendapat sambutan hangat dan dihadiri puluhan ribu ahli, penyokong BN serta rakyat jelata yang setia hingga akhir majlis. Ini pun sudah cukup untuk menggambarkan tahap keyakinan umum yang tinggi kepada BN berbanding PR.

Rakyat tahu kenaikan insentif BR1M seperti dinukilkan dalam Manifesto BN itu merupakan satu akujanji yang ikhlas, realistik dan sudah pasti akan ditunaikan kerana terbukti sedari dulu lagi Kerajaan BN sememangnya menepati janji.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Â