Polis Tahan Dua Lelaki Sulu, Senjata Dirampas #LahadDatu

pulau-bum-bum-1

LAHAD DATU: Polis menahan dua lelaki mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam satu operasi di Tanjung Baru, Pulau Bumbum, Semporna awal pagi AHad.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata suspek berumur lingkungan 50-an dan disahkan bukan warga tempatan.

Beliau berkata satu fail putih mengandungi dua surat kesultanan Sulu dan beberapa senjata berbahaya turut dirampas dalam operasi 6.30 pagi itu.

“Tangkapan dan rampasan itu boleh mengaitkan mereka terlibat dalam kegiatan pengganas ini,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Unit Media Ops Daulat di sini.

Menurut SMS itu, statistik terkini tangkapan di bawah Sosma adalah 135 dan jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 70 orang.

——–

Panglima pengganas Kiram ditangkap

Seorang lelaki berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas Kiram dan merupakan individu paling dikehendaki kerana merancang serangan sehingga mengorbankan enam anggota polis di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu, berjaya ditangkap pasukan keselamatan awal pagi ini.

Sumber memberitahu, lelaki berusia 50-an itu ditangkap bersama seorang lagi orang kanannya ketika mereka sedang tidur di sebuah rumah yang dijadikan tempat persembunyian di Pulau Bum Bum, Semporna pada kira-kira pukul 5 pagi.

“Pasukan keselamatan percaya suspek merupakan individu terpenting yang bertanggungjawab merancang serang hendap pada bulan lalu yang telah mengorbankan enam anggota polis.

“Dia juga disahkan terlibat sama dalam insiden menyerang dan membunuh kejam pegawai dan anggota polis di Kampung Simunul,” katanya dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber lagi, penangkapan panglima bersama orang kanannya itu dijangka dapat mendedahkan nama-nama anggota pengganas lain dan lokasi mereka menyembunyikan senjata yang digunakan dalam insiden serangan tersebut.

Beliau berkata, terdapat beberapa lagi individu penting yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Kiram telah dikenal pasti dan masih diburu.

Katanya, tangkapan terbaharu pagi ini dipercayai memudahkan lagi pasukan keselamatan untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi persembunyian saki-baki anggota pengganas berkenaan.

“Kedua-dua suspek diberkas dalam operasi menjejaki yang dijalankan secara bersepadu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia),” katanya.

Semalam, seorang pengikut setia parti pembangkang yang terkenal di Sabah ditangkap di pekan Semporna.

Selain itu, tiga tangkapan turut berjaya dilakukan di Melaka baru-baru ini melibatkan saudara terdekat kumpulan pengganas.

Mereka ditangkap kerana dikesan ada membuat panggilan telefon dengan salah seorang pemimpin kumpulan pengganas Kiram.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN