Pergolakan Pembangkang Tentukan Kerusi Sudah Dijangka – Tunku Abdul Aziz

Tunku-Abdul-Aziz-Tunku-IbrahimPergolakan pakatan pembangkang dalam menentukan pembahagian kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) memang sudah dijangkakan kerana mereka tidak pernah bersatu, kata bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau berkata jika pergolakan itu dijadikan sebagai asas untuk menilai pakatan pembangkang, ia merupakan petanda buruk sekiranya mereka diberi mandat untuk memerintah negara.

“Mereka akan berbalah sesama sendiri untuk memilih siapa akan menjadi perdana menteri dan menteri-menteri penting yang lain. Sekiranya kita nilai mereka atas asas ini, tidak akan wujud keamanan dalam negara (jika mereka memerintah negara),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Majlis Perjumpaan Pesara-Pesara Kanan Kerajaan anjuran Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM) di sini, Jumaat.

Tunku Abdul Aziz yang juga bekas naib presiden Transparency International berkata selain itu pakatan pembangkang juga tidak mempunyai sebarang pengalaman untuk mentadbir sebuah negara.

“Mentadbir sebuah negeri amat berbeza dengan mentadbir sebuah negara. Ini sebuah negara yang amat kompleks. Anda perlukan kebijaksanaan, pengalaman untuk memastikan setiap sektor populasi kita berasa gembira dan puas hati.

“Dengan pakatan, saya fikir untuk dua atau tiga tahun pertama, mereka akan buat seperti apa yang dibuat oleh Guan Eng (Ketua Menteri Lim Guan Eng) di Pulau Pinang, menyalahkan kerajaan sebelumnya. Jadi kerajaan jenis apa yang kita boleh jangkakan,” katanya.

Dalam ceramahnya sebelum itu, Tunku Abdul Aziz menekankan betapa pentingnya untuk tidak memperjudikan masa depan negara dengan memberi undi kepada pihak yang salah.

Katanya pakatan pembangkang sebenarnya tidak mempunyai agenda selain kepentingan untuk diri sendiri.

Beliau turut meminta rakyat agar tidak terpedaya dengan janji-janji manis pembangkang terutama DAP, malah manifesto mereka juga adalah tidak mungkin dapat dilaksanakan.

“Di Pulau Pinang, masa dia (DAP) dapat kuasa dia kata nak tolong orang Melayu, orang India, nak bina rumah kos rendah tapi dah lima tahun, sebuah rumah kos rendah pun dia tak bina,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023